Nuffnang Saya

Jom follow Saya :)

Tuesday, December 22, 2009

Tingkahlaku & Adab Semasa Temuduga

  1. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
  2. Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
  3. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
  4. Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
  5. Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
  6. Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
  7. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
  8. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.
  9. Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.
  10. Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.
  11. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
  12. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.
Sumber:http://temuduga.blogspot.com/2006/06/tingkahlaku-dan-adab-semasa-temuduga-2.html

Oleh Kerana Sekarang Ni Musim Temuduga2 Moleklah Kiranya Cik Angah Berkongsi Tips2 Yg di Ambil di Temuduga.blogspot.com ^_^


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Sunday, December 20, 2009

Ice Skating At Sunway Pyramid


Rabu Lepas (16/12/2009)
-Bermain Ice Skating(walaupun x tau main) dgn Elina,Ika & Adikku Kamalia

Dari Kiri- Ika, Elina & Kamalia


Ramaiya yg berkumpul kat tepi 2..hehehe..

p/s: mula2 gelakkan org..at last diri sendiri yg dok melekat kat tepi 2 aje..hehe

Belakang 2 adikku Kamalia

Ni Pic Kandid Yg Adikku Ambik...huahuahua


Sebelah kanan 2 Elina..Thnks Ye Bawak Ak n Adikku Jenjalan :)


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Monday, December 14, 2009

My Spy [ Wajib Tonton...]

Sedikit Ulasan Mengenai Filem Ini:
  • kombinasi pelawak yg amat sesuai dan malatop dgn lawak2 spontan~ heehe..sgt suka dgn abg harun salimbachik..hehe...ac mizal pun ok gak lakonan spontan dia..amat menghiburkan..
  • Perjalanan cerita ini ade beberapa malah boleh saya katakan byk juga plot2 / scene 18Sx.. tetapi ade juga scene dimana objek/barang disampaikan dalam bentuk metaphora/perlambangan dan secara x langsung mmbuat audien berfikir..berfikir ape? haha...kena tonton lah ek...
  • Setelah hampir sejam saya menontonnye,saya agak bosan bile mana adegan sewaktu di dalam kapal byk yg membuang masa/xlogik..penat melihat adegan pertarungan antara spy-spy dgn penjahat2.. [ lagi best tonton adgn pertarungan dlm ninja assassin]
  • Apepun watak-watak pembantu antaranya Adlin Aman Ramli mmg superb..dialog yg bersahaja membuatkan sebahagian audien dlm panggung terbahak-bahak[ lagi2 ttg nama Asp. Supt. yg mana kedua-dua hero menyebut dgn salah ]
  • Suka dgn props yg digunakan seperti kereta yg boleh dikawal dgn suara/beg yg dibawa oleh Harun dll..
  • Pokoknya..mmg best lah citer ni...Sokonglah Filem Tempatan seterusnya Memartabatkan Industri Perfileman Kita...(:


* Esok Mau menonton Zombieland..Macam best jer..[ tgk poster & baca sinopsis ]

p/s: Kritikan/Pandangan hanyalah sekadar omelan kosong Cik Angah sahaja..


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Tuesday, December 8, 2009

Ninja Assassin<- Wajib Tonton


CikAngah Baru Balik menuntun wayang di TGV Bukit Raja..

Cerita Aksi Dramatik NINJA ASSASIN..

kepada mereka di luar sana yg masih x menontonnya pergilah ke pawagam yg paling dekat..

memang berbaloi-baloi...sy jamin 100%

elemen seni mempertahankan diri -Ninja yg sinonim dengan Negara Jepun khususnya diterapkan hampir dalam semua babak..dari yg flashback hinggalah yg realiti..

Berikut Ulasan dr Sy:

  • Jalan Cerita Yg senang Difahami..elemen Flashback dimainkan dah digarap dgn baik dalam filem ini...
  • Watak Utama Spt Rain (Raizoo) dan Mika( xtaw nm sebenar) amat berkesan..byk adegan dan babak funny diselitkan antaranya bile mana Rain bertanya saiz kt Mika (mula2 pk dia tnye saiz bra rupenya saiz seluar)mmg gelak 1 pawagam..
  • Cik Angah paling suka kesan khas yg digunakan seperti darah,permainan besi,pisau,pedang dll..lagi2 adegan bertempur..mmg SUPERB..
  • Ending Cerita ni dah dapat di agak...mmg sy dapat agak yg Rain akan tumpaskan Ketua/Ayah/Tok Guru dia jugak...


Korang Jgn Lupe P Tgk K..

Entry Seterusnya adalah berkenaan filem MY SPY... ( cik angah dh tgk sabtu lepas 05/12/09) cume x sempat buat kritikan..

:)

Ape2 Info leh g kat web ni:

Ninja Assassin




Komenlah setiap kali anda membaca =)

Friday, December 4, 2009

FJ BENJAMIN [ end of season clearance]


click imej untuk gambar yg lebih besar

Shopping ^_^


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Wednesday, December 2, 2009

Yuhuu...JOm PaKat Join Contest Nie

Salam n Salam Sejahtera sahabat2 bloggers sekalian..

kat cnie angah nk support one of our bloggers yg sedang mengadakan contest yg
beliau namakan:

“ komen-komen…komen la ko puwas2”



sebarang pertanyaan dan maklumat yg lebih detail,
korang semua just click link kat bawah ni k (:

http://www.mohdridzuan.com/


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Monday, November 30, 2009

Surat Cinta dari Seorang Rocker


Amacam awekku? Lu orait ke? Wa harap lu ok-ok je..

Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple! Lu tak perasan ke?

Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup hensem ke? Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang-mentang lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!! Setakat mat despatch, kalau lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua takde kelayakan tapi tadika kemas jarang amik cikgu lelaki. Lagipun jiwa gua lebih kepada seni. Tiket konsert gua semua habis jual! Sebab tulah gua jadi tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat onglain.

Gua memang betul-betul tak puas hati ni! Lu memang bikin gua panas! Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa yang gua dah kasik kat lu. Lu ingat gua ni apa?!!

Awekku, lu ingat tak dulu sewaktu lu & gua first time jumpa? Masa tu hujan. Lu takde payung. Lu lari pegi kat bus stop. Lu basah kuyup. Kesian pulak gua tengok lu kesejukan. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama-sama sudah feeling-feeling. Gua ingat lagi lagu "antara gadis" masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu. Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public. Lu tak ingat ke? Ke lu dah lupa?!!

Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo! Janganlah buat gua macamni! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah! Janganlah kerana besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua. Gua memang macamni, rocker sejati! Lu pun tau sapa gua. Dulu lu takdepun macam ni. Lu tak kisahpun! Lu layan selamba je. Tapi kenapa sekarang lu berubah? Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak, beb! Sembahyang jumaat tak tinggal wo!

Lu pikirlah sindri, beb! Gua dah curahkan segala-galanya kat lu. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai. Gua buat modal nak kawin dengan lu. Cayalah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu! Gua harap lu pikirlah baik-baik, beb! Gua dah takde awek lain lagi. Lu sorang jelah yang gua cinta. Awek lain gua usya diorg tak layan gua cakap lu! Gua tak tipu! Betul punya cakap lu!

Akhirkata dari gua, kenang gua dalam doa makan malammu. Semoga lu berbahagia, beb!

Yang Benar, Rockersejati

p/s ; hahaha..ganas giler ayat rocker nih

Sumber: Email Cik Angah


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Saturday, November 28, 2009

Contest From Bro FrameStone

Align CenterKorang leh juin Contest dari BroFramestone ni
dengan hanya klik Pic di bawah ya
Semua syarat CONTEST tersebut ada di dalam blog itu.



Komenlah setiap kali anda membaca =)

Wednesday, November 25, 2009

Surat Rasmi- [Cara Mintak Kawin Lagi]

Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Tuesday, November 24, 2009

Giler Punye Pusing [ CosmoWorld ]

Pengalaman Sebenar Cik Angah menaiki Permainan Ini


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Monday, November 23, 2009

Are You Getting Scammed by Facebook Games?

Petikan dari majalah TIME Friday, Nov. 06, 2009
http://www.time. com/time/ business/ article/0, 8599,1935698, 00.html?xid= rss-topstories


Facebook games — Mafia Wars, FarmVille, Restaurant City — have become surprisingly effective at diverting time wasters among the social-networking crowd. More than 63 million people alone play FarmVille. But now accusations have surfaced that the games can lead some more gullible players, including children, into Internet scams, especially if they have a cell phone.

Here's how it works. You join FarmVille, a game on Facebook in which you can create a virtual farm by growing crops and livestock and tilling the earth. Through your toil, you earn virtual money, but to farm more efficiently or quickly, you can also invest real cash (through PayPal or a credit card) to buy virtual goods, such as seed or a tractor. Should you not have any real cash to spare on things that after all do not actually exist, you can instead accept an offer from one of the advertisers on the game site and get virtual cash in return. (See the top 10 Internet blunders.)
These offers, generally known in the business as lead-gen (lead generators), will give you some seed/tractor money in return for signing up for, say, a subscription to Netflix or a credit card. But less scrupulous advertisers lure players in with an offer to take a bogus survey or IQ test. Once it's completed they require a cell-phone number to send you the results. When you enter your cell number and create a password, you have unwittingly subscribed to a service you never wanted but will be billed for. If you're a kid, the mysterious charge then appears on the phone bill of the parents, who often find that phone companies will not cancel services from a third-party provider — even if the parent cannot find out who that provider is.

Read more: http://www.time. com/time/ business/ article/0, 8599,1935698, 00.html?xid= rss-topstories# ixzz0XXv19JjK


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Saturday, November 21, 2009

Cik Angah Kena ULSER

Ulser Mulut (Ulser Afta)

  • dah 4 hari cik angah `menderita` sakit ni..huhu...
  • doakan ya cik angah cepat sembuh

Latar belakang

ulser
ulser

Ulser Afta merupakan tompokan putih atau kuning dalam mulut yang mempunyai tanda kemerahan di sekelilingnya. Ulser ini mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan.

Apakah puncanya?

Punca sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia sering dikaitkan dengan :

  • Stres
  • Perubahan hormon
  • Jangkitan
  • Kekurangan zat makanan
  • Alahan
  • Rawatan radiasi
  • Rawatan kemoterapi

Apakah masalah yang timbul berkaitan dengan ulser mulut?

Ia sering dihubungkaitkan dengan :

  • Rasa membakar di dalam mulut
  • Kesakitan
  • Ketidakselesaan yang berpanjangan
  • Hilang selera makan
  • Demam

Berapa lamakah ulser mulut akan sembuh?

Kesakitan akan berkurangan dalam tempuh 3 - 4 hari tetapi ulser biasanya akan mengambil masa 10 - 14 hari untuk sembuh sepenuhnya.

Perhatian yang perlu diambil jika mengalami ulser mulut

Dapatkan pemeriksaan doktor pergigian jika ulser mulut masih berlarutan melebihi dua minggu. Pemeriksaan penting untuk menentukan tiada lesi kanser dan pra kanser mulut.

Apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan rasa sakit?

Cuba petua di bawah untuk menghilangkan rasa sakit :

  • Berkumur dengan bahan kumuran antiseptik.
  • Sapukan gel analgesik atau gel penahan sakit
  • Kekalkan kesihatan mulut yang baik.
  • Makan makanan yang lembut.
  • Kurangkan makanan pedas dan berempah.
  • Minum air secukupnya.
SUMBER : http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/remaja_content.jsp?lang=remaja&sub=0&bhs=may&storyid=1186619852322

Gambar di atas bukanlah mulut cik angah ya~


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Thursday, November 19, 2009

Kami Yg Over dr Pengantin (:


Farhana Ishak,Mazneeta,Yana Azman,Hanis dan SAYA


Pewwiit~kami anak dara pingitan taw~


Kawan Cik Angah masa di SAMTAJ & SAMTKKB
Norhayati Dzahir ^_^
Selamat Pengantin Baharu


Cik Yana Bermekap


Depan Cermin Kami Berposing


Saya dan Liyana kawan baik masa di SAMTAJ
lani jumpe balik di KL

p/s: gambar kawin x banyak sangat..
papepun leh roger cik angah kat

Facebook : search nadwati munirah


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Saturday, November 14, 2009

B E R S I H

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapalterbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.

Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing
basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Peramugari: (dengan suara dikeraskan.. ) Tuan tidak boleh memasukkan kaki
ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.

Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri…) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Peramugari: (dengan sifat angkuh…) Kebiasaannya sekali atau dua kali
dalam sehari.

Ulamak: (dengan sifat bersahaja….) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.

p/s: renung2 kan...


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Monday, November 9, 2009

Doa Untuk kedua Ibu Bapa Kita

Rassulullah SAW pernah bersabda :

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...


Berdasarkan Hadith Nabi SAW :

" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"


Huraian hadith:

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ....tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.


Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... .. . Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah ,
- rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
STPM, IJAZAH dsb nya.....tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita Cuba . Allahhuakhbar. .

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)


Caranya :
'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. ..." (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)

Untuk yang sudah meninggal
: "YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.

Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah.......


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Friday, November 6, 2009

Karangan Terbaik UPSR 2007


Karangan budak darjah 4
Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya.. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya.. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.


hahahahahahaha... xkering gusi beb~
thnks 2 pemberi email atas kiriman karangan d atas
betul ke x ek?


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Friday, October 30, 2009

Petua Mencuci Hati

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan
.
3) Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda
.
4) Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X
.
5) Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Friday, October 23, 2009

Sungguh x Guna

Nie la minah yg tak guna yg menyebabkan anak dia mati krn negro tu…… aduyaiiiii

http://modelgalaxies.com/viewpicture3.php?pictureId=4101&size=bighttp://modelgalaxies.com/viewpicture3.php?pictureId=9788&size=big
http://modelgalaxies.com/viewpicture3.php?pictureId=9786&size=bighttp://modelgalaxies.com/viewpicture3.php?pictureId=9785&size=big


KAJANG: Kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila seorang lelaki Afrika didakwa sanggup mendera, merogol dan meliwat anak kekasihnya yang baru berusia tiga tahun sehingga kanak-kanak itu menemui ajal.

Malah, kekasih wanita terbabit yang juga seorang janda berusia 24 tahun tergamak bersekongkol dengan warga asing itu apabila sanggup berbohong dengan mereka cerita kononnya anaknya mati akibat didera pembantu rumah.



Sumber:- E-mail


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Tuesday, October 13, 2009

Mesti tonton--> Sorority Row

Cik Angah baru je pulang dari menonton filem ini
mmg 90% puas hati...best sgt2 film thriller ni..
so cik angah cadangkan anda semua menontonnya d pawagam terdekat anda =)

berikut komen cik angah:-

1)Keseluruhan cerita,cik angah paling suka dgn plot2/scene yg d susun indah teratur-
perjalanan cerita sangat mudah di fahami(walaupun byk sgt watak)

2) Sinematografi yg sgt sesuai n kena dgn satu-satu scene. cth :
scene d mana megan kena bunuh (oleh gerret dgn x sengaja)-lombong terbiar.

3) Pelakon-pelakon yg sgt menjiwai watak. lagi2 watak Cassidy (salah sorg yg x mati).
& watak pompuan cina 2. x silap nama dia Claire dlm cite ni

4) x puas hati bile mana mereka yg x bersalah terbunuh : Pengetua Rumah(act hostel)

Berikut adalah sinopsis cite 2 ;

When five sorority girls inadvertently cause the murder of one of their sisters in a prank gone wrong, they agree to keep the matter to themselves and never speak of it again, so they can get on with their lives. This proves easier said than done, when after graduation a mysterious killer goes after the five of them and anyone who knows their secret. [D-Man2010] college juniors CASSIDY (Briana Evigan), JESSICA (Leah Pipes), CLAIRE (Jamie Chung), ELLIE (Rumer Willis) and MEGAN (Audrina Patridge) are sorority sisters sworn to trust, secrecy and solidarity, no matter what. But their loyalty is tested when a prank at a raucous house party goes terribly wrong and Megan ends up brutally murdered. Rather than confess to the crime and risk destroying their bright futures, the girls agree to hide the bloody corpse and keep their secret forever. Fast forward one year to graduation. As they prepare to say goodbye to the house and each other, the girls plan one last alcohol-fueled bash on Sorority Row, confident their dark secret remains buried. But does it? As the party rages in the front yard, the bedrooms and the hot tub, the girls receive cell phone videos taken the night of Megan's murder from an anonymous sender who threatens to forward the videos to the police. Then, one by one, the sisters and their unsuspecting boyfriends are stalked by an unseen killer. Has Megan returned from the dead to exact her revenge? Or was their secret discovered by someone else someone now determined to make them pay? Trapped, the girls race to figure out which of them let their secret slip, who wants them dead, and how to fight back as the bodies pile up and their beloved sorority house explodes into flames. A heart-stopping climax reveals the killer's shocking identity in this suspenseful, hip and sexy remake of the 1983 classic horror thriller.

Star :- 8/10



Komenlah setiap kali anda membaca =)

Saturday, October 10, 2009

Kebetulan Yg Betul

Kebetulan yg betul


Terjemahan Surah 17:16 bertepatan dgn waktu gempabumi di Indonesia
17:16 – Waktu berlaku gempa di Padang
[Surah ke 17 (Al-Israa) ayat 16]

Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.


17:58 – Waktu berlaku gempa susulan di Padang
[Surah ke 17 (Al-Israa) ayat 58]

Dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat, atau Kami menyeksa penduduknya dengan azab seksa yang berat; yang demikian itu adalah tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz).


8:52 – Waktu berlaku gempa di Jambi sehari selepas itu
[Surah ke 8 (Al-Anfaal) ayat 58]

(Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka dengan sebab dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya




p/s:- cik angah dapat this articel/notes from email.

sekadar kongsian bersama

sama2lah kita bermuhasabah...


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Sunday, October 4, 2009

Sekadar Pandangan Cik Angah

Align Left

salam..
yuhuuu..lamanya x bising-bising kat blog ni..
dah berhabuk n bersawang dah my blog ni..
adesh...kesibukan saya yg amat sangat pada Raya tahun ni
menyebabkan xde masa nk update blog..
xpelah...hurmm
di sini ade 2 film yg cik angah nk ngomel2...

1)Jin Notti (di tonton pada raya ke 6)


JIN NOTTI
Cite ni boleh saya klsifikasikan sebagai hiburan `ringan`
yang x menjejaskan langsung fikiran kala sy menontonnya..
sangat simple aje cite dia..
bermula dgn notti(fara fauzana) yang dijatuhi hukuman di buang ke dunia manusia hanya disebabkan kelakuannya
yang sangat baik di dunia Jin..Maka dia ditugaskan ke dunia
manusia untuk buat jahat n bla bla bla...jumpe sorang mamat ni
(mawi) pd 3-3 cerita yg berbeza..ade je muka mamat nih..
babak mawi x banyak sgt..kirenya fokus byk kat fara fauzana
lah..
cite dia best..lagi2 watak Cat Farish(jadi penjaga notti)
terhibur dgn adegan lawak dlm film ni..
aha..1 more..dalam scene kat mahkamah 2,saya ghase x perlu
untuk si peguam pompuan 2(lupe dah nama dia) untuk ajuk2
cakap loghat india..perlu ke? mcm mempermain2kan aje..

itu pendapat saya ajelah..(;

okeh...untuk film ni,saya beri 7 out of 10 star :)


G FORCE
Ini film kedua yang saya tonton selepas Jin Notti..
cerita ni oklah..sebagai hiburan untuk mereka2 yang nk release
kan fikiran melihat aksi2 hamster yang bijak+ nakal..

cerita ni bermula dgn 4 ekor hamster yang mana telah dilatih dgn baik oleh penjaga mereka untuk mengintip seterusnya mengambil
sati mikrocip yg mengandungi pakatan sulit untuk membinasakan
bumi(kononnya) ..pastu FBI x brapa setuju dgn adenya skuad elit hamster ni lalu mengarahkan hamster2 ni di tangkap lalu bermulalah cerita...

ada banyak scene yang best2..lagi2 dari 4 ekor hamster 2 hanya sekor je yang betina..ade la dselitkan dialog2 ttg minat+suka antara satu hamster kepada yg len..

at last rupe2nya..salah sekor dr hamster ni yg jahat...so dia nk balas dendam kat manusia sbb manusia ni yg mnyebabkan family dia mati kena sembur dgn racun..

oklah...2 je kot ulasan merepek2 saya...hahaha

from 10 star,saya beri 6 star...oklah 2...


*Ulasan hanya pendapat/omelan dari kacamata saya shj ;p



Komenlah setiap kali anda membaca =)

Friday, September 4, 2009

Cik Angah Puji & Kritik


Semalam..3/9/2009.
cik angah tgk 1 muvie ni...
ORPHAN..
b4 cik angah tgk,awal2 lagi cik angah dh search kat internet ttg sinopsis muvie ni
n cik buat keputusan akan tgk sbb baca sinopsis je dh meremang bulu-buluan..ups!


ade pro n kontra yg cik angah nk bebel kan kat cni ttg film ini..
kita mulakan yg best dulu ek

- Yg Best ttg Film ini of Coz ttg pelakon-pelakonnya
dari Suami,Isteri,Anak-anak (sorang boy n sorg girl(yg pekak) sgt-sangat HEBAT
mereka melakonkan watak dgn begitu REAL n x di buat-buat.

- Intro Film ni sgt meninggalkan pertanyaan ttg isteri John(watak utama) yang sdg sarat mengandung pegy hosp n tetibe doc ckp anak dlm perut dia 2 dah mati..byk adegan GEMPAK mcm nurse yg tolak kerusi 2 buat muka blur,darah/air ketuban meleleh2,doktor sedut baby dr dlm rahim guna mesin penyedut dll..at last dia mimpi rupenye..

-dan paling best sekali bile mana John & kate amik anak angkat kat sebuah Rumah anak yatim
dan disitulah segalanya bermula....nama budak pompuan 2 Esther


-ok cukup cik angah membebel..ni ttg yg X brapa best okeyh..ttg Ibu si John 1...
x silap nama nya Barbara...ade d introduce pada awal cerita&pertengahan cerita tapi
bile tgh adegan Kate& esther kat dlm umah 2,tah mana hilang mak si John
lagipun cik angah rasa,x perlu pun watak Mak John 2...xde fungsi pun..

- ttg John yg mati kena tikam dgn Esther kat bawah rumah lagi x brapa logik..mana mungkin kekuatan seorang budak (sebenarnya x budak) John xleh nk lawan..hurmmm
cik angah pk 1 je..kehendak director..hik3..


THE END

moral of the story:- Jgn Sebarang bawak sape2 masuk ke umah..
siasat dulu hingga ke lubang cacing status sebenar siapa pun yg
kita bwk pulang ok?

cik angah bagi 8 bintang out of 10

^_^


-


Komenlah setiap kali anda membaca =)

My Artwork

`cover magazine`

`Yellow Pages`
`Poster`
`Flyers`
`Bunting


*im using 100% Photoshop
*xde la lawa sgt..hik3
*ni pun tuntutan kursus Train&Place
* (:


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Wednesday, September 2, 2009

Rumah Untuk Di JUAL

Aloha...sisipan entry kali ni berkaitan dgn rumah
yg nk di jual oleh Keluarga Cik Angah.
klu perasan,entry ttg rumah ini cik angah tlh publish kan di blog ini
pada JUNE yg lepas..rujuk---> http://cikangah.blogspot.com/2009/06/rumah-untuk-dijual.html

walaubagaimanapun..sampai sekarang tiada Serius Buyers yg mahu Beli
xapelah... Mungkin belum ketemu dgn yg benar-benar berminat.

Berikut sedikit detail ttg rumah tersebut ;

  • di Ligamas,*Bandar Baru Batang Kali, Hulu Selangor.
  • Berdekatan dengan Sek.Men dan Sek Rendah
  • Lot Tengah ( Rumah Teres Murah 2 Tingkat,1 bilik air,3 bilik tidur)
  • Harga Rm42,000.000( Boleh Runding)
  • Renovation Depan dan Belakang rumah available
Gambar Rumah akan dipertontonkan by email kepada Serius Buyers only.



email saya di :- nadshah86@yahoo.com.my

^_~


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Friday, August 28, 2009

Resipi Pilihan cik angah ( ii )


Bahan-bahan:

Doh tart:


2 ½ cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 ½ sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung susu
1 cawan mentega (226 gm)
1 sudu besar minyak sapi
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar gula


Jem nenas:


4 biji nenas muda
2 ½ senduk gula pasir
sedikit esen vanila
Bunga cengkih
Kulit kayu manis
Daun pandan

Hiasan:
Kuning telur


Cara membuat:


Doh;
Pukul mentega, susu, minyak sapi, garam hingga sebati.
Masukkan telur dan vanilla, pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung yang telah diayak. Gaul hingga sebati dan membentuk doh yang lembut.


Jem Nenas;
Parut nenas. Jangan dibuang airnya.
Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus. Setelah kering masukan gula, vanilla, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Kacau tanpa henti hingga likat. Angkat dan sejukkan.


Panaskan oven terlebih dahulu pada 150°C.
Ambil doh dan tekan pada acuan tart, isikan inti jem yg telah siap tadi, kemudian gulung secara pelahan, letakkan di dalam dulang membakar.
Oles kuning telur pada bahagian atas tart.

Bakar selama 15 minit / sehingga masak.

Selamat Mencuba!!


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Thursday, August 27, 2009

Resipi Pilihan Cik Angah (i)

Biskut d bwh salah satu biskut pilihan cik angah menjelang lebaran..
kadang2 mak/ makcik sy akan buat...:)
korang cubalah ye....
semmmpriittttttt (:

sumber:- http://surauds.tripod.com/Resipi.htm#Biskut%20Samperit



Biskut Samprit
  • Bahannya:-
    • 6 sudu makan tepung gandum.
    • 3 sudu makan tepung kastard.
    • 1/2 sudu makan tepung jagung.
    • 3 sudu makan gula halus.
    • 5 sudu makan marjerin.
    • 1/2 sudu teh baking powder.
    • 1 biji telur ayam..
  • Caranya:-
    • Tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung di ayak dengan baking powder. Pukul marjerin dengan gula hingga kembang dan putih.
    • Masukkan tepung sedikit demi sedikit kedalam adunan marjerin dan uli hingga sebati.
    • Masukkan kedalam acuan samprit dan tekankan keatas dulang pembakar.
    • Hiaskan dengan ceri yang telah dipotong kecil keatasnya.


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Friday, August 21, 2009

Graduat..syukur...: )

16/8/2009(Ahad)<-- tarikh yg melakar sejarah cik angah kerana berjaya membawa pulang segulung ijazah...
Bersama adik tersayam...amirul :)

Keindahan waterfront sewaktu hening senja

Peace! depan bilik hotel :)<--Borneo Hotel

Dari kiri:- Muna,Dila,Angah,Haleeza& Lala

Dekat Tugu Kuching

p/s:- Gambar2 len akan upload kendian ek..

ngeeee....^_^

selamat berpuasa yuk!



Komenlah setiap kali anda membaca =)

Salam Ramadhan dr Cik Angah

salam ramadhan Pictures, Images and Photos

InsyaAllah esok (22/8/2009) bersamaan 1 Ramadhan, umat islam
di seluruh dunia akan meraikan bulan yg penuh Barakah...Ramadhan..

huhu..x sabar rasanya nk berpuasa ^_^

Selamat berpuasa ya kawan2 semua :)

*Jgn Lupa ber tarawih malam ni


p/s:- gambar2 sekitar konvokesyen yg lepas akn d upload
sedikit masa lagi...


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Thursday, August 13, 2009

Faizal Tahir dtg UNIMAS?

-salam...
-hai korang..hope smua sehat2 belaka...
- now cik angah ade d Unimas...
-Ahad ni..insyaAllah,cik angah bakal bergraduat...
-syukur tidak terhingga...


-Berbalik tajuk en3 d atas...FAizal TAhir bakal dtg ke sni
untuk buat konsert penutup acara pesta Konvokesyen Unimas ke-13
-ngeee...x sabar mok jumpe...
-gambar2 sempena pesta konvo/gambar cik angah n kwn2 akan di upload pada en3 seterusnya..
InsyaAllah...


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Sunday, August 9, 2009

Melawat Ladang Atok





Align Center
ngeee...bestnyer g kebun nenek n atok cik angah ni...
sorry ek..lebih gambar dr tulisan....
kualiti gambarr n that tulisan kurang jelas...huk3


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Related Posts with Thumbnails

Klik My Nuff If Keluar (: