Nuffnang Saya

Jom follow Saya :)

Sunday, September 19, 2010

Kenangan Zaman Kanak-Kanak Saya ^_^

Antara Gambar lama yg telah di scan oleh saya atas persetujuan
Mak :)


Bersama abg tersayang..
umur waktu ni kira-kira setahun..
manakala abgku 3 thn..


ni time raya..mak cakap dlm 11bulan..


waktu mula2 pndi berjalan.. :)


Thn 87..
setahun..

Masa ni kt belakang rumah lama..
kt bukit lanjan,damansara,PJ..
hehe...



huhu...mmg betul2 NOSTALGIA!!

ikuti bhgn seterusnya pd entry akn dtg :)




Komenlah setiap kali anda membaca =)

Wednesday, September 8, 2010

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin


salam..
semoga sahabat-sahabat sekalian sihat & bahagia hendaknya..

saat ini,saya berada di rumah mak,ayah tersayang di Kuala Selangor

Di kesempatan ini,saya ingin menyusun 10 jari memohon kemaafaan andai kata saya
ada melakukan kesilapan samada sy sedar @pun tidak..

semoga raya kali ini memberikan impak yg positif kepada seluruh umat islam
merayakannya..

makan ketupat palas 2 ingat2lah saya ye..bukan ketupat aje,bahkan lemang,nasi himpit,kuih muih,rendang tok dll juadah...

bersiap sedialah dengan penambahan berat badan anda ye selepas syawal ni..

hehe...

sampai bertemu lagi..

daaaa..


iklan: doakan perjalanan sy & suami selamat sampai ke Pahang pada raya ke-2 nnti ya..love uols..salam..


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Tuesday, September 7, 2010

Balik Selangor ke Pahang??



Alhamdullilah...
insyaAllah lagi 2 hari umat islam di seluruh dunia akan
menyambut ketibaan syawal yg mulia & pasti yang
di tunggu2 saban tahun....

Tahun ni buat pertama kali saya & suami beraya bersama-sama
Tahun pertama jugak bergelar suami isteri setelah lebih 3 bulan bernikah & berkahwin..


Syukur jugak,,sy di kurniakan seorang suami yang sangat bertimbang rasa
& boleh dibawa berbincang dlm menentukan sape yg
patut balik kg sape..
memandangkan sorang kt SEL sorg lg PHG..
sy anak jati SEL manakala Suami anak jati PHG

Setelah lebih 10 minit berbincang (kejap bukan) kami
memutuskan untuk RAYA 1st di rumah ibu bapaku
di KUALA SELANGOR,SEL dan RAYA 2nd ke JERANTUTU,PHG.

Suami jenis yg x banyak kerenah jadi mudahlah kerja
saya..x perlu nk bodek2..hehe..

Bendera Negeri ku :))
SELANGOR DARUL EHSAN
(FIND..XDE MOTIF LETAK GAMBAR BENDERA NI PUN..SAJE JE..HEHE)

PAHANG DARUL MAKMUR





iklan: alhamdullilah kandunganku kini memasuki Trimester kedua (Fasa 2)


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Monday, September 6, 2010

Filem Piranha yg agak best..


Ahad malam yg lepas,sy & suami meluangkan masa bersama menonton filem PIRANHA..di TGV Bukit Raja,Klang.

Memang kami amat teruja sgt melihat lautan manusia yg sgt2 ramai. mujur kami dapat jugak seat yg agak tengah..
"Filem ini mengambil tempat di tasik Victoria Arizona, apabila sebuah gegaran kecil telah terjadi dan mengakibatkan tasik itu membuka laluan untuk melepaskan haiwan pemakan manusia iaitu ikan pirana. Bermulalah aktiviti membunuh dan menyerang tanpa henti kepada sesiapa yang bersuka-ria di tasik Victoria tersebut. Filem "Piranha" ini dilakonkan oleh Christopher Lloyd, Elisabeth Shue dan Jerry O'Connell." :- http://mytupai.blogspot.com/2010/08/peraduan-piranha-3d.html


tapi..saya tertarik dgn watak JAKE & KELLY. kirenya dorg ni mcm HERO & HEROIN lah.. jake mempunyai seorang IBU yg mana adalah Sheriff(polis) di kawasan Lake Victoria & mempunyai 2 orang adik (sorg girl n boy).

ok,sy xde ape nak komen mengenai filem ini..cuma PLOT cerita ni simple sangat.. usaha menyelamatkan lautan manusia(kebanyakannya remaja yg sedang bersuka-ria di tepian pantai)
yg mana gerombolan ikan piranha ni menerjah mereka dgn menggigit serta membunuh mereka dgn rakus. sy kesian dgn salah satu watak ni (seorang sheriff berkulit hitam). Dia yg berusaha membunuh ikan2 piranha ni dengan menggunakan enjin bot yg dia cabut lalu menghalakan enjin tersebut ke dalam air yg membunuh beratus ekor ikan. tp malang..dia mati juga akhirnya...huhu..

Ending cerita ini di dalam bot yang mana ibu JAKE telah menerima satu panggilan telefon dari seorang pengkaji ikan piranha yg mereka temui sebelum ini ,dia menyatakan bahawa ikan piranha yg mereka beri kepada dia itu hanyalah seekor "baby" atau dengan kata lain,ikan tersebut hanya anak ikan...haaa..ni lah ending yg betul2 mengejutkan seisi panggung bila mana lelaki yg dalam bot 2 bertanya kepada ibu JAKE " jadi,kalau itu hanyalah anak ikan(baby),mana ibu-bapa mereka?" waktu inilah seekor ikan piranha yg sangat besar membaham lelaki tersebut lalu...TAMAT...

mmg seisi panggung menjerit-jerit termasuk saya..hihi..

banyak yg ingin dikongsi..tp sy syorkan korang p lah tgk sendiri ya.. :))


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Friday, September 3, 2010

Jom Balik Kampung!! [ Tips-tips dr Cik Angah ]


Salam...hohoho...saat entry ini ditulis..saya telah bercuti....hohorlick!
lama 2..dari hari ini (3sept) sampai (19 sept)
lama bukan???
itulah untungnya menjadi seorang GURU..
ngeee~ murid cuti,saya turut bercuti..
lalala~

saya mahu berkongsi sedikit sebanyak Tips untuk anda semua sebelum pulang ke
kampung masing-masing..

Pertama: Pastikan anda mengemas segala baju-baju/kasut/tudung dll barang
at least 2 hari sebelum pulang ke kampung.. penting taw..ini bg mengelakkan korang x
bertepuk dahi bila mana barang yg nak di bawa tetibe x terbawa.nak2 pulak kampung
n rumah korang sikit punya jauh klu nk patah balik..

Kedua: pastikan juga anda tidak lupe membawa peralatan kecil seperti charger h/phone,
berus gigi,shampoo,sikat,pin tudung,hanger dll brg2 yg anda rasa perlu untuk
anda/keluarga guna.. so xyah la nk pinjam brg2 sedara mara masa kt kg nnti..
bijak bukan?

Ketiga: aha! ini tips sebelum anda meninggalkan rumah anda untuk balik ke kg. Ingat!!
anda silap bila mana anda hanya 'solex'/mangga grill pintu rumah anda. zaman skrg
ni pencurik/pemecah rumah semakin bijak. mcm2 cara yg dorg leh guna utk memecah msk umh
anda.. ape kata anda guna inisiatif yg kreatif&kreatis spt meletakkan notes di
almari solek/almari baju anda " maaflah sedara,xde benda yg nk dicuri dalam ni"
@ pun letakkan kata2/ayat2 yg blh menginsafkan " sesungguhnya ALLAH melihat apa yg
sedang anda buat" dll ;D

Keempat: Servis kenderaan anda. make sure semua peralatan tambahan ade dlm kereta anda
spt spanar2/tayar spare dll

Kelima: Jgn lupa membawa segala peralatan elektronik anda seperti Laptop,handphone,broadband,mp3,mp4 dll. mana taw kot2 anda balik kampung lama, boring2 leh on9 seketika..itupun klu ade line ye x..

Keenam: Bagi yg ade binatang/haiwan peliharaan spt kucing,hamster,kura-kura,jgn lupa tinggalkan mereka dgn stok2 makanan untuk jumlah ahri yg anda tinggalkan rumah..kang terlupa plak korg nk spare kan mknn dorg,mati kebulur la plak kan..
xpun ape kata,tinggalkan buat seketika kat jiran korang & klu susah2 sgt,bawak aje balik kampung sama...hehe..





rasanya itu aje kot tips b4 balik kampung untuk anda semua..
segala tips ini adalah berdasarkan pengalaman &pemerhatian saya..
kalau ade tips lain,kongsi lah ye..
Selamat Pulang ke kampung bg yg ade kampung ;D
hati2 di jalan raya & lebuh raya ;D


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Wednesday, September 1, 2010

Alhamdullilah. Dapat Duit Raya dr GOV


Alhamdullilah,syukur sangat2 sebab sy dapat duit raya dari
Kerajaan Pusat..hohoho.
dapatlah tampung perbelanjaan RAYA yg x lama lagi ni..
x sia-sia khidmatku sbg Guru Pra Sek JAIS berbaloi-baloi.
walaupun jawatan kecil,alhamdulilah dapat juga..


apepun,sy mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf Zahir 7 Batin (ucapan awal seminggu..hehe..xpe kan?)


psstt..kalaulah ade lagi duit RM500 mcm kat atas 2 kan...


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Related Posts with Thumbnails

Klik My Nuff If Keluar (: