CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Dap Dug Dap Dug

Daisypath Wedding tickers

Jom follow Kamik =)

Tolong Undi :)

pollcode.com free polls
Ape Pendapat Anda Ttg Blog Ini?
Biasa-Biasa Aje Cantik Kemas dan Teratur Best Kurang Best X Best Langsung Perlu Dibaiki   

Monday, January 11, 2010

Sudah Bekerja (:


  • Syuku Alhamdulilah..start minggu lepas ( 4 hb Januay 2010)
  • Cik Angah telah Berjaya dalam temuduga sebagai Guru Di JAIS...
  • la ni cik angah ditugaskaan mengajar PRA Sekolah JAIS di
  • Sek Rendah Agama Seksyen 16,Shah Alam
  • p/s : sory lama x update....bizi...huhu.... (;


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Tuesday, December 22, 2009

Tingkahlaku & Adab Semasa Temuduga

  1. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
  2. Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
  3. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
  4. Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
  5. Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
  6. Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
  7. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
  8. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.
  9. Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.
  10. Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.
  11. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
  12. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.
Sumber:http://temuduga.blogspot.com/2006/06/tingkahlaku-dan-adab-semasa-temuduga-2.html

Oleh Kerana Sekarang Ni Musim Temuduga2 Moleklah Kiranya Cik Angah Berkongsi Tips2 Yg di Ambil di Temuduga.blogspot.com ^_^


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Sunday, December 20, 2009

Ice Skating At Sunway Pyramid


Rabu Lepas (16/12/2009)
-Bermain Ice Skating(walaupun x tau main) dgn Elina,Ika & Adikku Kamalia

Dari Kiri- Ika, Elina & Kamalia


Ramaiya yg berkumpul kat tepi 2..hehehe..

p/s: mula2 gelakkan org..at last diri sendiri yg dok melekat kat tepi 2 aje..hehe

Belakang 2 adikku Kamalia

Ni Pic Kandid Yg Adikku Ambik...huahuahua


Sebelah kanan 2 Elina..Thnks Ye Bawak Ak n Adikku Jenjalan :)


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Monday, December 14, 2009

My Spy [ Wajib Tonton...]

Sedikit Ulasan Mengenai Filem Ini:
  • kombinasi pelawak yg amat sesuai dan malatop dgn lawak2 spontan~ heehe..sgt suka dgn abg harun salimbachik..hehe...ac mizal pun ok gak lakonan spontan dia..amat menghiburkan..
  • Perjalanan cerita ini ade beberapa malah boleh saya katakan byk juga plot2 / scene 18Sx.. tetapi ade juga scene dimana objek/barang disampaikan dalam bentuk metaphora/perlambangan dan secara x langsung mmbuat audien berfikir..berfikir ape? haha...kena tonton lah ek...
  • Setelah hampir sejam saya menontonnye,saya agak bosan bile mana adegan sewaktu di dalam kapal byk yg membuang masa/xlogik..penat melihat adegan pertarungan antara spy-spy dgn penjahat2.. [ lagi best tonton adgn pertarungan dlm ninja assassin]
  • Apepun watak-watak pembantu antaranya Adlin Aman Ramli mmg superb..dialog yg bersahaja membuatkan sebahagian audien dlm panggung terbahak-bahak[ lagi2 ttg nama Asp. Supt. yg mana kedua-dua hero menyebut dgn salah ]
  • Suka dgn props yg digunakan seperti kereta yg boleh dikawal dgn suara/beg yg dibawa oleh Harun dll..
  • Pokoknya..mmg best lah citer ni...Sokonglah Filem Tempatan seterusnya Memartabatkan Industri Perfileman Kita...(:


* Esok Mau menonton Zombieland..Macam best jer..[ tgk poster & baca sinopsis ]

p/s: Kritikan/Pandangan hanyalah sekadar omelan kosong Cik Angah sahaja..


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Tuesday, December 8, 2009

Ninja Assassin<- Wajib Tonton


CikAngah Baru Balik menuntun wayang di TGV Bukit Raja..

Cerita Aksi Dramatik NINJA ASSASIN..

kepada mereka di luar sana yg masih x menontonnya pergilah ke pawagam yg paling dekat..

memang berbaloi-baloi...sy jamin 100%

elemen seni mempertahankan diri -Ninja yg sinonim dengan Negara Jepun khususnya diterapkan hampir dalam semua babak..dari yg flashback hinggalah yg realiti..

Berikut Ulasan dr Sy:

  • Jalan Cerita Yg senang Difahami..elemen Flashback dimainkan dah digarap dgn baik dalam filem ini...
  • Watak Utama Spt Rain (Raizoo) dan Mika( xtaw nm sebenar) amat berkesan..byk adegan dan babak funny diselitkan antaranya bile mana Rain bertanya saiz kt Mika (mula2 pk dia tnye saiz bra rupenya saiz seluar)mmg gelak 1 pawagam..
  • Cik Angah paling suka kesan khas yg digunakan seperti darah,permainan besi,pisau,pedang dll..lagi2 adegan bertempur..mmg SUPERB..
  • Ending Cerita ni dah dapat di agak...mmg sy dapat agak yg Rain akan tumpaskan Ketua/Ayah/Tok Guru dia jugak...


Korang Jgn Lupe P Tgk K..

Entry Seterusnya adalah berkenaan filem MY SPY... ( cik angah dh tgk sabtu lepas 05/12/09) cume x sempat buat kritikan..

:)

Ape2 Info leh g kat web ni:

Ninja Assassin




Komenlah setiap kali anda membaca =)

Friday, December 4, 2009

FJ BENJAMIN [ end of season clearance]


click imej untuk gambar yg lebih besar

Shopping ^_^


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Wednesday, December 2, 2009

Yuhuu...JOm PaKat Join Contest Nie

Salam n Salam Sejahtera sahabat2 bloggers sekalian..

kat cnie angah nk support one of our bloggers yg sedang mengadakan contest yg
beliau namakan:

“ komen-komen…komen la ko puwas2”



sebarang pertanyaan dan maklumat yg lebih detail,
korang semua just click link kat bawah ni k (:

http://www.mohdridzuan.com/


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Monday, November 30, 2009

Surat Cinta dari Seorang Rocker


Amacam awekku? Lu orait ke? Wa harap lu ok-ok je..

Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple! Lu tak perasan ke?

Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup hensem ke? Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang-mentang lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!! Setakat mat despatch, kalau lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua takde kelayakan tapi tadika kemas jarang amik cikgu lelaki. Lagipun jiwa gua lebih kepada seni. Tiket konsert gua semua habis jual! Sebab tulah gua jadi tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat onglain.

Gua memang betul-betul tak puas hati ni! Lu memang bikin gua panas! Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa yang gua dah kasik kat lu. Lu ingat gua ni apa?!!

Awekku, lu ingat tak dulu sewaktu lu & gua first time jumpa? Masa tu hujan. Lu takde payung. Lu lari pegi kat bus stop. Lu basah kuyup. Kesian pulak gua tengok lu kesejukan. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama-sama sudah feeling-feeling. Gua ingat lagi lagu "antara gadis" masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu. Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public. Lu tak ingat ke? Ke lu dah lupa?!!

Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo! Janganlah buat gua macamni! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah! Janganlah kerana besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua. Gua memang macamni, rocker sejati! Lu pun tau sapa gua. Dulu lu takdepun macam ni. Lu tak kisahpun! Lu layan selamba je. Tapi kenapa sekarang lu berubah? Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak, beb! Sembahyang jumaat tak tinggal wo!

Lu pikirlah sindri, beb! Gua dah curahkan segala-galanya kat lu. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai. Gua buat modal nak kawin dengan lu. Cayalah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu! Gua harap lu pikirlah baik-baik, beb! Gua dah takde awek lain lagi. Lu sorang jelah yang gua cinta. Awek lain gua usya diorg tak layan gua cakap lu! Gua tak tipu! Betul punya cakap lu!

Akhirkata dari gua, kenang gua dalam doa makan malammu. Semoga lu berbahagia, beb!

Yang Benar, Rockersejati

p/s ; hahaha..ganas giler ayat rocker nih

Sumber: Email Cik Angah


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Saturday, November 28, 2009

Contest From Bro FrameStone

Align CenterKorang leh juin Contest dari BroFramestone ni
dengan hanya klik Pic di bawah ya
Semua syarat CONTEST tersebut ada di dalam blog itu.



Komenlah setiap kali anda membaca =)

Wednesday, November 25, 2009

Surat Rasmi- [Cara Mintak Kawin Lagi]

Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Klik My Nuff If Keluar (: