Nuffnang Saya

Jom follow Saya :)

Sunday, May 31, 2009

Tragedi Seksyen 14- PJ

jaya-supermarket-ohtidakdotcom
Jaya Supermarket semasa masih beroperasi beberapa tahun lalu

Petikan dari Kosmo.

Jaya Supermarket ialah mercu tanda paling popular di Petaling Jaya. Dalam usaha memberi wajah baru kepadanya, tiba-tiba ia runtuh dan mengorbankan nyawa. Namun, kenangan terhadapnya tidak pernah luntur.

DEKAT dengan taman perumahan, medan selera yang menghidangkan makanan lazat dan variasi kedai jualan yang memenuhi keperluan gaya hidup. Semua itu menjadi faktor penarik kunjungan orang ramai di sekitarnya yang ketika itu hanya dihiburkan program siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) di layar kaca.

Ketika belum banyak taman awam atau pusat hiburan yang benar-benar menggugat operasinya, bangunan itu jelas menjadi pilihan. Walaupun begitu, ia tidak terlalu sesak dengan anak-anak muda yang melepak tanpa arah tuju. Mungkin juga perkataan ‘lepak’ belum pun wujud sepanjang sedekad pertama kewujudannya.

Memang pusat beli-belah Jaya yang menempatkan Jaya Supermarket unggul untuk kunjungan keluarga sejak mula beroperasi pada tahun 1974. Menjadi pusat beli-belah pertama di Petaling Jaya dan antara yang tertua di Lembah Klang, ia muncul sebagai salah satu mercu tanda penting selain Jaya One, Hotel Armada, dan Masjid Bulat (Masjid Tun Abdul Aziz).

Memanggil-manggil pengunjung sekitar kejiranan Petaling Jaya hinggalah yang berada di luar lingkungannya, sambutan terhadap Jaya Supermarket tidak pernah luntur. Malah, ia dianggap terus cemerlang menawarkan ‘khidmat kepada komuniti’ hingga hari terakhir operasi iaitu pada 7 Februari tahun lalu.

Bangunan biru itu mempunyai empat tingkat kedai jualan, lima tingkat ruang pejabat, serta masing-masing satu aras tempat letak kereta iaitu di tingkat bawah tanah dan aras paling tinggi.

Kontroversi

Sementara Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) sedang membuat siasatan tentang tragedi ini, pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengesahkan maklumat tentang permohonan pemilik bangunan untuk membangunkan semula bangunan. Permohonan itu telah diluluskan pada Julai 2007.

Lebih mengejutkan di sebalik kejadian itu, Jabatan Keselamatan dan Kesihataan Pekerjaan (DOSH) mendedahkan bahawa tiada kelulusan diberikan untuk meruntuhkan pusat beli-belah Jaya.

Pembangunan semula itu tidak disangka akan melibatkan penggunaan bahan letupan, seperti mana aduan yang disampaikan penduduk setempat yang menjadi ’saksi telinga’ mengenai siri bunyi letupan.

Bangunan itu juga dipercayai runtuh kerana strukturnya tidak mampu menampung berat banyak jentera berat di atasnya. Ketika ia runtuh, terdapat lapan buah jentera penggali sedang beroperasi.

Ketua Pengarah DOSH, Datuk Johari Basri berkata, dalam mempertimbangkan permohonan pembangunan semula tapak bangunan itu, DOSH menyatakan bahawa ia tidak bersetuju dengan kaedah yang diguna pakai oleh pihak pemaju pembinaan.


cik angah:- saya pernah tinggal , menetap di Petaling Jaya since 1993-2004..membesar dan bersekolah di Sekolah Jalan Selangor...x sangka malapetaka berlaku sekelip mata sahaja..

sama2lah bermuhasabahkan diri...

Al Fatihah untuk keluarga mangsa...


Komenlah setiap kali anda membaca =)

8 pengkritik bebas:

Anonymous said...

cian.. :(
al-fatihah untuk mangsa yg terkorban...

Anonymous said...

cian.. :(
al-fatihah untuk mangsa yg terkorban...

hidayah said...

dekat gan tempat keje mak yaya ni

Bro Framestone said...

out of topic--> he..23x xtau la bile nk wat gathering..bro pun dah xdok KL.. klu x leh je nk wat gathering anytime huhu... sabar la ek

he..23x boleh tahan je ke... ala mesti bro xhensem kan huhu

MaMa Echa&Umar said...

lensa malaya:- Al Fatihah

MaMa Echa&Umar said...

yaya:- oh yeke?huhuhu

MaMa Echa&Umar said...

bro frame:- ala..abistu dkt negara mana bro skrg? huk3... mmg x dok kl dh ke?

Bro Framestone said...

bro dok perak dah.. dh x ulang alik ke KL huhuhu

Related Posts with Thumbnails

Klik My Nuff If Keluar (: