Bangau Oh Bangau!
bangau oh bangau..
kenapa kau kurus?
macam mana aku tak kurus,
ikan tak timbul - timbul.
ikan oh ikan..
kenapa kau tak timbul - timbul?
macam mana aku nak timbul,
rumput panjang sangat.
rumput oh rumput..
kenapa kau panjang?
macam mana aku tak panjang,
kerbau tak makan aku.
kerbau oh kerbau..
kenapa kau tak makan rumput?
macam mana aku nak makan rumput,
perut aku sakit.
perut oh perut..
kenapa kau sakit?
macam mana aku tak sakit,
makan nasi mentah.
nasi oh nasi..
kenapa kau mentah?
macam mana aku tak mentah,
kayu api basah.
kayu oh kayu..
kenapa kau basah?
macam mana aku tak basah,
hujan timpa aku.
hujan oh hujan..
kenapa kau timpa kayu?
macammana aku tak timpa kayu,
katak panggil aku.
katak oh katak..
kenapa kau panggil hujan?
macam mana aku tak panggil hujan,
ular nak makan aku.
ular oh ular..
kenapa kau nak makan katak?
macam mana aku tak makan katak.
memang makanan aku...
*P/S - renung - renungkan..^_^
6 pengkritik bebas:
nak renungkan apa
tak paham
hehe
..ngee..~~
lagu mse kecik2 dlu..=D
renungkan lah..setipa satu benda/haiwan salahkan masing2..tunjuk menunjuk..
TUAN/PUAN/CIK
Blog ini telah di'link'kan ke blog saya bagi perkongsian maklumat. Harap tak keberatan. T kasih
trimas mR DonMny :) saya akan berkunjung sebentar saja lagi...
gejala tuding menuding jari ni mmg dah jd biasa pd msyrkat..
sape la yang dgn ikhlasnye nak mengaku salah sndrik...
ye x!!
Post a Comment