Nuffnang Saya

Jom follow Saya :)

Friday, July 31, 2009

Pak Guard Yang....

Perbualan Ptg td kat pintu masuk apartment (masa balik dr class(kursus)):-


Angah:- Salam Pakcik..sihat? (sambil tersenyum)

Pak Guard:- Hurrrmmmm(mendengus n bt muka garang)

Angah:- (dalam hati- ape pakcik ni..bg salam pun x reti nk jawab ke...)


Moral of the story:- Budi Bahasa Budaya Kita


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Oh..KekuasaanNya

SubahanaAllah...saat saya membaca akhbar pagi tadi(30July2009) saya terpaku kepada salah satu berita luar Negara mengenai kelahiran bayi berkepala 2 dan berbadan 1 di Manila,Fillipina. Kita baru d kejutkan dengan berita tentang Kematian bayi yg juga berkepala 2 di Indonesia baru-baru ini.. berikut merupakan berita yg saya petik di Kosmo!<- klik sini

Lagi bayi dua kepala dilahirkan


SEORANG jururawat memeriksa bayi perempuan berkepala dua di Hospital Memorial Jose Fabella, Manila semalam.


MANILA - Selepas bayi dua kepala meninggal dunia di Pekanbaru, Indonesia kini muncul bayi yang sama tetapi dilahirkan di Filipina kelmarin.

Secara kebetulan, bayi dua kepala di Filipina itu lahir pada hari kematian bayi berkepala dua lelaki di Indonesia.

Namun, doktor-doktor di Hospital Memorial Jose Fabella di sini berusaha menyelamatkan bayi tersebut yang kini berada di unit rawatan rapi.

Bayi perempuan itu merupakan anak kepada pemandu beca roda tiga, Salvador Arganda dan isterinya, Chateria.

Seorang jurucakap hospital itu berkata, bayi tersebut kini berada dalam keadaan stabil.

Bagaimanapun, bayi itu mungkin meninggal dunia jika ujian mendapati tubuhnya mempunyai satu jantung.

"Jika bayi itu mempunyai satu jantung, mereka tidak akan hidup lama," kata jurucakap tersebut.


GAMBAR menunjukkan bayi lelaki berkepala dua yang meninggal dunia di sebuah hospital di Pekanbaru, Indonesia kelmarin.


Seorang doktor di hospital itu menyatakan ia merupakan kes yang pertama dicatatkan di hospital tersebut.

Namun, kes yang serupa pernah dilaporkan di beberapa buah hospital lain sebelum ini di Manila.

Sebelum ini seorang doktor di sebuah hospital di Pekanbaru, Indonesia mengesahkan bayi lelaki berkepala dua yang menjadi tumpuan umum meninggal dunia akibat kegagalan organ berfungsi.

Dr. Tubagus Odhi berkata, kanak-kanak lelaki yang lahir pada Khamis lalu itu meninggal dunia pada Selasa lalu.

Katanya, pihak hospital melakukan pelbagai usaha bagi menghalang kematiannya setelah kesihatan mereka merosot. - Agensi




p/s:- Kekuasaan Allah S.W.T yg tidak terhad ke atas setiap Hamba2 Nya...


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Thursday, July 30, 2009

TARIKH-TARIKH PENTING KONVOKESYEN UNIMAS

TARIKH-TARIKH PENTING KONVOKESYEN UNIMAS

3-16 Ogos 2009
(kecuali Sabtu dan Ahad)
Peminjaman Jubah dan Mortar Board/Beefeater Graduan
Pengambilan Kad Jemputan Graduan

Masa: 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat: Aras G, Bangunan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Kampus Barat
( Graduan perlu menunjukkan pengesahan mendaftar sebagai Alumni UNIMAS untuk mengambil jubah : Lawati http://www.alumni.unimas.my)

12 Ogos 2009 (Rabu)
Perasmian Pesta Konvokesyen
Masa: 7.30 malam
Tempat: Dataran Universiti, KAMPUS TIMUR

13-14 Ogos 2009
(Khamis-Jumaat)
Peminjaman Jubah Pepandu/Perarakan Akademik dan Bentara
Masa: 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat: Rumah Jubah, KAMPUS TIMUR


13-16 Ogos 2009
(Khamis-Ahad)

1. Pesta Konvokesyen
Tempat: Kampus Timur, UNIMAS

1.1 Aktiviti Pameran F/P/B ( 13-16 Ogos 2009)
Masa: 8.30 pagi- 5.00 ptg
Tempat: Dewan Peperiksaan (CAIS lama, Kampus Timur)

1.2 Gerai Jualan-Ruang Tempat Letak Kereta Kampus Timur


14 Ogos 2009 (Jumaat)

1. Raptai Majlis Konvokesyen (Graduan)
Masa: 9.00 pagi
Tempat : Dewan UNIMAS

2. Raptai (Ahli Majlis Dekan/Bentara/Pembaca Nama Graduan/ MC & Petugas )
Masa: 3.00 petang
Tempat : Dewan UNIMAS

3. Jamuan Aluan Konvokesyen
Masa: 7.30 malam
Tempat : Four Points Hotel


15-16 Ogos 2009
(Sabtu dan Ahad)
Majlis Konvokesyen 2009 berlangsung di Dewan UNIMAS. Majlis akan terbahagi kepada 4 sidang mengikut masa yang telah ditetapkan.

15-24 Ogos 2009
(kecuali Sabtu dan Ahad)

Pemulangan Jubah dan Mortar Board/Beefeater serta tuntutan Sijil Ijazah/Transkrip

Masa: 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat: Aras G, Bangunan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Kampus Barat

Mulai 25 Ogos 2009
Pemulangan Jubah dan Mortar Board/Beefeater serta tuntutan Sijil Ijazah/Transkrip di:

(i) Bahagian Pengajian Prasiswazah (BPPs) - untuk graduan prasiswazah.
(ii) Pusat Pengajian Siswazah (PPS) - untuk graduan pascasiswazah.

Denda lewat sebanyak RM10.00 sehari akan dikenakan kepada graduan untuk pemulangan Jubah dan Mortar Board.


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Wednesday, July 29, 2009

Wajahku


Salam...hai2..dah xtau nk update ape kat blog ni...hehe..

kat bawah ni gambar-gambar cik angah...

haha...saje saje je tarok gambo sendiri..xde kijo...(;


Agak Malu2..ahaks!!



Komenlah setiap kali anda membaca =)

Friday, July 17, 2009

Buli Bha Kalau Ko..

video ni dirakam oleh sahabat saya,Leng :) video


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Gelagat2 Kawan2

Kat bawah ni gambar2 kwn2 cik angah masa kami buat lawatan ke Key Ell pada tahun lepas..kami dari SARAWAK tau...the reason why kami wat lawatan ke sana is becoz of our PTA..Final year project..kunun2 nk wat research lah..hahahaha... antara tempat2 yg sempat kami lawati spt :- Uitm Shah Alam,Muzium Shah Alam,Pelita Hati,Galeri Petronas...




Atas ni si Rozuan...khusyuk mencari maklumat...



<---sebelah ni si NOOR NADIA :) dak klang... ;p yg atas ni YATT dgn SLR nyer !~ :)


Our Master....En NAin :)

Farah n Ain

agak kabur...tapi x kisahlah..

sorry ek..byk gambar dari cerita...

love u guys!~

jumpe di KONVO nnti ya :)

----------------------------------->


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Thursday, July 16, 2009

FB ciptaan yahudi?

Tapak jaringan sosial, Facebook, Fb, dicipta pelajar jurusan psikologi gagal menamatkan pengajian di Universiti Harvard, Mark Zuckerberg pada 4 februari 2004. Hampir 5 tahun kemudian, kini Fb mempunyai lebih 175 juta pengguna berdaftar di seluruh dunia.

Hakikatnya, penggunaan Fb menjadi kegilaan masyarakat dunia, tidak kecuali Malaysia. Ahli politik, ahli perniagaan, artis, pelajar institusi pengajian tinggi, pekerja sektor swasta dan kerajaan, antara pengguna berhubung dan bertukar maklumat melalui Fb. Malah ramai jarang tidur malam kerana taksub ‘melayan’ Fb hingga awal pagi kemudian mengantuk di pejabat, mengurangkan produktiviti. Segelintir leka membuang masa bersembang kosong tetapi dilabel ‘berkomunikasi’, justeru perlakuan terbabit diterima ramai. Pada masa sama majoriti mendakwa memanfaatkan fb mengikut keperluan masing-masing.

Pagi tadi, saya mencari maklumat berhubung latarbelakang Zack, saya terbaca beberapa fakta berhubung individu ke 321 terkaya di dunia itu. Dia dilahirkan di New York, Amerika Syarikat. Ayah dan Ibunya, Edward dan Karen Zuckerberg berketurunan Yahudi. Maksudnya Mark Zuckerberg, Yahudi. Sekaligus Fb, ciptaan Yahudi.

Selama ini umat Islam di seluruh dunia memboikot barangan keluaran Yahudi, mengapa tidak Fb?
Tiba-tiba saya terkenang kekejaman Yahudi tidak berkesudahan di Gaza. Kanak-kanak tidak berdosa ditembak mati, nyawa wanita dan lelaki Islam tidak bermakna bagi kaum dilaknat.

Justeru, hari ini, Jumaat, 10 Julai 2009, saya secara rasmi memberhentikan semua bentuk penggunaan berhubung Facebook. Biarpun tindakan ini barangkali hanya meninggalkan sekelumit kesan kepada kaum Yahudi, itu sumbangan saya.

Apapun, tindakan saya berbentuk PERIBADI. Keputusan pengguna Fb lain, mungkin berbeza.


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Related Posts with Thumbnails

Klik My Nuff If Keluar (: