Nuffnang Saya

Jom follow Saya :)

Friday, August 27, 2010

Sahabat Sek.Men Cik Angah Meninggal Dunia

Saat entry ini di tulis,mungkin Jenazah arwah telah sampai ke rumah nya di Sg. Besar Selangor untuk dikebumikan.
Berita yg ku terima malam tadi (26/7/2010) benar-benar mengejutkan aku..
walaupun aku kurang rapat,aku mengenali arwah yg pernah satu ketika dulu sama2 bersekolah dgnku di SAMTAJ SG BESAR thn 1999-2001.

Berita mengenai kematian arwah ada disiarkan di beberapa akhbar tempatan,antaranya Sinar harian,Utusan Malaysia & Harian Metro

Rujuk Sini :http://www.hmetro.com.my/articles/Leherdikelar/Article/


sesungguhnya kematian itu PASTI ,cuma kita tidak tahu Bila & bagaimana cara kematian kita.

nauzubillah..

dari DIA kita dtg,kepada DIA kita kembali..

Facebook Arwah Mursyidul Akmal bin Sabri

http://www.facebook.com/nadwati.munirah#!/profile.php?id=100000804893308&ref=ts



Komenlah setiap kali anda membaca =)

Wednesday, August 25, 2010

12 Minggu 5 hari


25/8/2010..
saya buat scan baby kat Klinik Noor Hajar seksyen 18,Shah Alam

teruja sangat tengok anak dlm kandungan ni bergerak-gerak :))

insyaAllah akan ku jaga dia sebaik mungkin..

Doakan ye kawan-kawan :))



Komenlah setiap kali anda membaca =)

Tuesday, August 24, 2010

"Cikgu,Saya nk HOR HOR HORLICKS!!"

salam/ ape khabar semua?

kali ni sy nk bercerita skit ttg perbualan antara sy ngan 5-6 org anak murid sy pagi tadi

ini adalah rutin biasa yg aku buat sebelum memulakan P&P

Cikgu: Anak2 murid cikgu,siapa yg berpuasa hari ni?

(4-5 org anak muridku mengangkat tangan)
suasana ketika ini memang riuh. macam2 bunyik.semua berebut2 nk bercakap ngan aku

Imran: saya puasa cikgu!!! (semangat dia menjawab)
Haikal: saya pun!!

saya pun !! saya Pun~~
dan ramai lagi..
aku mententeramkan keadaan.lalu aku ubah topik kepada BERSAHUR pula.

Cikgu: Anak murid cikgu siapa yg bersahur pagi tadi?
(keadaan waktu ini mmg agak senyap &sunyi..biasalah ade yg faham ade yg x.sahur 2 ape kan)
x lama kemudian..
Imran: saya sahur cikgu!!! saya sahur minum HOR HOR HORLICKS!!

Lepas aje si Imran ni mengajuk percakapan dalam 1 iklan kt TV ni mmg riuhlah sekelas..masing-masing tiru ayat tersebut..

"mama,mama saya nak HOR HOR HORLICKS!!!! "

x kurang jugak yg menukar dialog tersbut seperti ini:


"cikgu.cikgu,saya nak HOR HOR HORLICKS!!!! "

hehe..aku tergelak besar..hahaha
mcm2 budak skrg ni..mudah aje dorg terpengaruh dgn iklan2 kt TV kan

apepun.aku amat gembira & sabar melayan karenah mereka..

penuh warna warni & hati mereka yg jujur & bersih serta tidak pandai menipu..
lurus..

syg mereka..

selamat berpuasa kpd semua..Alhamdullilah syukur sudah 2minggu kita berpuasa :)

Jalani ibadah dgn ikhlas ya..

Sebahagian anak2 muridku..
yg pakai baju lain dari yg lain 2 ialah IMRAN :)


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Sunday, August 22, 2010

Majlis Berbuka Puasa Ex-Samtaj 1999-2003


InsyaAllah pada 28/8/2010(Sabtu)
akan diadakan Majlis Berbuka Puasa untuk semua bekas pelajar Samtaj Sg Besar
bg sesi 1999-2003

Semua Bekas-bekas pelajar di jemput hadir bg memeriahkan majlis.

sebarang pertanyaan sila hubungi saya di talian
0173555820(nad)
0122436669(nisah)

Semoga perjalanan majlis ini berjalan dengan lancar





Komenlah setiap kali anda membaca =)

Friday, August 20, 2010

Buku Merah

salam..
hai blog ku syg..
hr ni aku nk citer skit pengalaman membuat Buku Merah
hehe..ape 2 buku merah?
haaa..klu nk taw...buku merah 2 buku rekod ibu2 mengandung..

semalam, 19/8/2010 (khamis) ak n suami tercinta ke
Klinik Kesihatan Seksyen 7,Shah Alam
untuk membuat pemeriksaan.

amat menyiksakan menunggu giliran..

bayangkan..ambik nombor dlm kul 7.15am
& hanya di panggil jalm 8.45am..
nasib baik suamiku bawak paper..xdelah bosan menunggu..

ok..lepas aje nombor ak di panggil,1st sekali kena timbang berat + ukur tinggi..
hohoho..agak malu nk citer kat cnie..
berat bdn ak x ideal..BMI pun lagilah x normal..

lepas 2,amik tekanan darah..

amik darah ...fuhh..mmg menakutkan tgk jarum pnjg lebih kurg 3cm di suntik di lenganku..
dan diisi dlm 2 botol kecil

ngee..ni bab yg plg menggerunkan..
masa dlm bilik pemeriksaan,sorg nurse suh aku berbaring n melonggarkan kain &
bra yg ku pakai..ingatkan knpa..
rupa2 nya dia nk check..hehe..
segan bila mana dia pegang2 buah dada aku..
rup2nya ade sebab & musabab knpa dia buat mcm 2..
then,dia pegang2 bawah perutku dan `mengusik` bayiku :)
saat itu,aku tanyakan, " itu ke baby saya?"
nurse jawab " aah la..ni lah dia..kecik lg ni "

sesungguhnya aku amat2 bersyukur & gembira :)

-habis sudah-


inilah buku merah saya ^_^
setiap kali dtg,mesti kena bawak & make sure kemana-mana kena bawak :)




Komenlah setiap kali anda membaca =)

Tuesday, August 17, 2010

Pantang Larang Semasa Mengandung [ org melayu]



* Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak.

* Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.

* Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya.

* Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.

* Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.

* Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.

* Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.

* Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.

* Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan.

* Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.

Selain pantang larang yang dinyatakan di atas terdapat beberapa pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung:

* Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.

* Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya.

* Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.



Komenlah setiap kali anda membaca =)

Monday, August 16, 2010

Minggu ni Genap 3 Bulan

alhamdulillah..syukur..
mengikut perkiraan ku, syukur minggu ni genap
3 Bulan usia kandunganku..
Moga ALLAH s.w.t memelihara bayi dalam
kandunganku sebaiknya..

saat ini,aku benar-benar sebak..ntahla..xtaw napa..
(sambi usap-usap perut)

mungkin perasaan ini hadir sejenak..yelah..usia perkahwinanku baru mengjangkau
3bulan lebih..jadi..sedikit sebanyak adakalanya terusik sedikit hati
lagi-lagi bila suami tiada di sisi..

aku akui..bukan mudah untuk menerima berita yang bisa merobek dada ini..
syukur keluarga banyak memberi sokongan

aku kena terima Qada` & Qadar Allah seadanya..
bukankah itu Rukun Iman yg ke-6 dan wajib kita sebagai umat Islam menghayati & mematuhinya..

seringkali aku teringat kata-kata doktor di Poliklinik Zulkifli. lebih kurang begini nasihatnya:

" Awak kena terima,nak x nk awak mesti kena redha. saya faham..bukan semua wanita lagi-lagi muda mcm awak yg akan dapat terima sepenuhnya berita ini. apepun awk kena jaga NIKMAT yg di beri itu sebaiknya dan SYUKUR lah..krn ramai lagi di luar sana yg inginkan anak"


Ya Allah Ya Tuhanku.. Sesungguhnya aku bersyukur akan kurniaan MU..
akan ku jaga bayi ini sebaik mungkin...


Puasa ke-6 tepat jam 6.36pm
6 Ramadhan 1431 hijrah


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Sunday, August 15, 2010

Resipi Pilihan Cik Angah ; Puding Caramel


BAHAN:

Untuk puding:

10 biji telur
Satu tin susu pekat
Satu sudu tepung gandum
Sedikit esen vanila

Untuk karamel:

Gula

LANGKAH-LANGKAH:

Adunan Puding:

1. Pukul telur, susu pekat, tepung gandum, esen vanila. Tambahkan air sebanyak lebih kurang setengah tin susu tadi.

2. Ketika memukul, jangan terlalu kembang sehingga berbuih.

Karamel:

1. Panaskan gula di dalam kuali sehingga cair.

2. Kacau selalu agar gula mencair dengan sekata. Tambahkan sedikit air.

3. Jika sudah pekat keperangan (berwarna ala-ala golden gitu), angkat segera. Jangan sampai hangit pula.

Kukus:

1. Dalam satu bekas tupperware, tuangkan sedikit karamel membentuk satu lapisan nipis di dasar bekas tersebut.

2. Tuangkan adunan puding di atas lapisan karamel itu, sehingga lebih kurang seinci tebalnya.

3. Masukkan bekas berserta adunan itu ke dalam steamer/pengukus. Kukus sehingga masak (lebih kurang 20-30minit).

4. Setelah masak, terbalikkan bekas tersebut di atas pinggan/dulang bagi mengeluarkan puding tersebut. Biarkan ia menyejuk pada suhu bilik.

5. Masukkan puding ke dalam peti sejuk. Puding sedap dimakan ketika sejuk.




TRY TAW~~ ^_^

Gambar: Pakcik Google


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Saturday, August 14, 2010

Juadah Wajib Waktu Berbuka


1) Kuih Muih.

hohoho..juadah wajib saya masa berbuka..inilah keistimewaan kuih-muih tradisional Malaysia..

bukan senang nk buat..haa..time bulan-bulan puasa nilah ade..

lagi-lagi kat bazar ramadhan.. :)

saya paling suka kuih Tepung Pelita & Kuih Keria

suka3x~

2) Roti John

haa..yg ni roti john..heee~xdelah juadah wajib hari-hari..tp dlm 5 hari ,adelah sekali beli..

pun senang nk jmpe kt bazar ramadhan..



3) Bubur Lambuk

aha..yg ni bubur lambuk..kalau berbuka kat masjid/surau senang nk jumpe..dapat free lagi 2..

sedap..sy suka.. :)


4) Murtabak Ayam

yg ni lagi sy suka..Murtabak Ayam..perghhh..klu jumpe/beli yg sedap mmg la ummpphh~
nak2 plak cicah ngan kuah kari..sedap hingga mnjilat jari u!~


5) Air Tebu

Air tebu adalah salah satu air kegemaran & wajib masa berbuka..xtawlah nk ckp betapa enaknya air ni.. hehe..selain 2, Air Kelapa , Air Soya menjadi pilihan saya juga :)

ANDA BAGAIMANA??


P/S: kesemua gambar adalag dari Pakcik Google..sy pinjam aje.. ^_^


Salam Ramadhan dr sy,Cik Angah

psstt..doakan saya ya..sy tgh pregnant 2bulan stgh ni..hihi ;)


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Friday, August 13, 2010

Doa Isteri Solehah

Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi ya Allah…
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah…
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu'
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu
Ya Allah…
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayatia gama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu, Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu
Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmat
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihatiAmin,
Ya Rabbi Allamin…….


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan 1431 Hijrah

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.
(Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi)

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.
(Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).
( Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi)

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.
(Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)


Sumber: http://adlizakaria.blogspot.com/2007/09/fadhilat-ramadhan-4.html


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Related Posts with Thumbnails

Klik My Nuff If Keluar (: