Nuffnang Saya

Jom follow Saya :)

Monday, August 16, 2010

Minggu ni Genap 3 Bulan

alhamdulillah..syukur..
mengikut perkiraan ku, syukur minggu ni genap
3 Bulan usia kandunganku..
Moga ALLAH s.w.t memelihara bayi dalam
kandunganku sebaiknya..

saat ini,aku benar-benar sebak..ntahla..xtaw napa..
(sambi usap-usap perut)

mungkin perasaan ini hadir sejenak..yelah..usia perkahwinanku baru mengjangkau
3bulan lebih..jadi..sedikit sebanyak adakalanya terusik sedikit hati
lagi-lagi bila suami tiada di sisi..

aku akui..bukan mudah untuk menerima berita yang bisa merobek dada ini..
syukur keluarga banyak memberi sokongan

aku kena terima Qada` & Qadar Allah seadanya..
bukankah itu Rukun Iman yg ke-6 dan wajib kita sebagai umat Islam menghayati & mematuhinya..

seringkali aku teringat kata-kata doktor di Poliklinik Zulkifli. lebih kurang begini nasihatnya:

" Awak kena terima,nak x nk awak mesti kena redha. saya faham..bukan semua wanita lagi-lagi muda mcm awak yg akan dapat terima sepenuhnya berita ini. apepun awk kena jaga NIKMAT yg di beri itu sebaiknya dan SYUKUR lah..krn ramai lagi di luar sana yg inginkan anak"


Ya Allah Ya Tuhanku.. Sesungguhnya aku bersyukur akan kurniaan MU..
akan ku jaga bayi ini sebaik mungkin...


Puasa ke-6 tepat jam 6.36pm
6 Ramadhan 1431 hijrah


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Sunday, August 15, 2010

Resipi Pilihan Cik Angah ; Puding Caramel


BAHAN:

Untuk puding:

10 biji telur
Satu tin susu pekat
Satu sudu tepung gandum
Sedikit esen vanila

Untuk karamel:

Gula

LANGKAH-LANGKAH:

Adunan Puding:

1. Pukul telur, susu pekat, tepung gandum, esen vanila. Tambahkan air sebanyak lebih kurang setengah tin susu tadi.

2. Ketika memukul, jangan terlalu kembang sehingga berbuih.

Karamel:

1. Panaskan gula di dalam kuali sehingga cair.

2. Kacau selalu agar gula mencair dengan sekata. Tambahkan sedikit air.

3. Jika sudah pekat keperangan (berwarna ala-ala golden gitu), angkat segera. Jangan sampai hangit pula.

Kukus:

1. Dalam satu bekas tupperware, tuangkan sedikit karamel membentuk satu lapisan nipis di dasar bekas tersebut.

2. Tuangkan adunan puding di atas lapisan karamel itu, sehingga lebih kurang seinci tebalnya.

3. Masukkan bekas berserta adunan itu ke dalam steamer/pengukus. Kukus sehingga masak (lebih kurang 20-30minit).

4. Setelah masak, terbalikkan bekas tersebut di atas pinggan/dulang bagi mengeluarkan puding tersebut. Biarkan ia menyejuk pada suhu bilik.

5. Masukkan puding ke dalam peti sejuk. Puding sedap dimakan ketika sejuk.




TRY TAW~~ ^_^

Gambar: Pakcik Google


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Saturday, August 14, 2010

Juadah Wajib Waktu Berbuka


1) Kuih Muih.

hohoho..juadah wajib saya masa berbuka..inilah keistimewaan kuih-muih tradisional Malaysia..

bukan senang nk buat..haa..time bulan-bulan puasa nilah ade..

lagi-lagi kat bazar ramadhan.. :)

saya paling suka kuih Tepung Pelita & Kuih Keria

suka3x~

2) Roti John

haa..yg ni roti john..heee~xdelah juadah wajib hari-hari..tp dlm 5 hari ,adelah sekali beli..

pun senang nk jmpe kt bazar ramadhan..



3) Bubur Lambuk

aha..yg ni bubur lambuk..kalau berbuka kat masjid/surau senang nk jumpe..dapat free lagi 2..

sedap..sy suka.. :)


4) Murtabak Ayam

yg ni lagi sy suka..Murtabak Ayam..perghhh..klu jumpe/beli yg sedap mmg la ummpphh~
nak2 plak cicah ngan kuah kari..sedap hingga mnjilat jari u!~


5) Air Tebu

Air tebu adalah salah satu air kegemaran & wajib masa berbuka..xtawlah nk ckp betapa enaknya air ni.. hehe..selain 2, Air Kelapa , Air Soya menjadi pilihan saya juga :)

ANDA BAGAIMANA??


P/S: kesemua gambar adalag dari Pakcik Google..sy pinjam aje.. ^_^


Salam Ramadhan dr sy,Cik Angah

psstt..doakan saya ya..sy tgh pregnant 2bulan stgh ni..hihi ;)


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Friday, August 13, 2010

Doa Isteri Solehah

Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi ya Allah…
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah…
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu'
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu
Ya Allah…
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayatia gama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu, Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu
Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmat
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihatiAmin,
Ya Rabbi Allamin…….


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan 1431 Hijrah

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.
(Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi)

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.
(Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).
( Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi)

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.
(Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)


Sumber: http://adlizakaria.blogspot.com/2007/09/fadhilat-ramadhan-4.html


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Friday, July 2, 2010

------ teruja------


Benarkah?

Benarkah?


Benarkah?



Benarkah?




Benarkah?





Benarkah?







Benarkah?


P/s: Siapa yg xtaw alat di atas,sila tanya Kaum Perempuan ya


^_^

....masih terlalu awal....


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Wednesday, June 30, 2010

Perbualan singkat bersama Ank Muridku

Anak Murid: Cikgu nape cikgu pakai inai?

Saya: saje-saje je...(malas nk layan sbb tgh bt RPH)=D

Anak Murid: ala...cikgu dah kawin ye...

Saya : ye ye..cikgu dah kawin....(tekun menyiapkan RPH) =p

Anak murid: mak ngan ayah kita pun dah kahwin. hari-hari.

Saya : eh,mana boleh kawin hari-hari..sekali aje la syg...

Anak Murid: bolehla cikgu... (sambil mengjegil2 kan mata dia)

Saya: xpelah..nnti besar sikit ,awak fahamlah ye..kawin sekali aje...

Anak Murid : ish cikgu ni!!! kawin boleh 4 kali lah..ayah saya cakap..

Saya: erkkk!!!!!!! budak nih..kecik2 cili api...


* lihatlah bagaimana pemikiran seorang kanak-kanak berumur 5thn..dorg mmg cepat pick up ape yg parents dorg ckp...hummmmmm..Moralnya...Layan mereka dgn Adil & Saksama(tetibe jek kan) *


Proud 2 be a Teacher ^_^




Komenlah setiap kali anda membaca =)

Saturday, June 26, 2010

Opening Promotion Nadyaz Stuff!!!!







Asalamualaikum and Salam Sejahtera,Firstly, Nadyaz would like to thank you all for shopping at Nadyaz online shop. TQ for all the support, and here are some of the guidelines in buying at Nadyaz online shop.

How to Buy?

1. Send us the code of the Handbag/Clutch Bags/Purse that can be found at the top/bottom of the photo.

2.Send us a message.

3.We'll reply and confirm your order.

4.You bank in to us via Maybank only. Please inform us upon your payment and please attach transaction details and your details (name,address, phone) too.

5.We post to U via Poslaju.

Rules & Regulation

1. Nadyaz will not be liable for any loss or damage during delivery caused by respective courier company. However, if the loss or damage is caused by our party, we will be fully responsible.

2. We use “first come first serve” policy.

3. Booking only valid for 24 hours. Booking will be cancelled without notice if payment has not been received within 24 hours.

4. Nadyaz has the right to replace any item with the same value if necessary.

5. All items sold is not exchangeable or refundable (unless if the items is damaged—only if it occurs due to our negligence)


kindly add me on FB - nadyazstuff@yahoo.com


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Friday, June 25, 2010

Comel Macam Saya [ Anak Buah ]


Anak Kesayangan abg long dan kakak iparku..

Farhanah Damia


Gamabr sewaktu kecil..area 2-3 bulan


comel sangat2..
pssstt..tgklah mak ngahnye sape..
saya lah 2..
ahax~


ape nengok2..


Anak Buah kesayangan saya..

Farhanah Damia


Saya ada toncet..kamu ada ke??

hehe


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Tuesday, June 22, 2010

Tiap Hari Sayang...

Salam/ Salam Sejahtera
Saya Pasti kebanyakan dari anda Pastimempunyai akaun-akaun spt FB,FS,MySpace dll,
saya turut ada..Berikut merupakan akaun kesayngan saya =)
If sudi,tinggalkan jejak anda bersama dgn Url tuk sy terjah ya..



Twitter Kesayangan saya..

Follow lah saya ya...(if sudi..hehehe)
http://twitter.com/cikangah



klik ---> MyRakan
dulu saya amat aktif di sini (b4 kawin)
tp skrg dah kurg...
apepun...if nak carik saya,leh search nama saya

Cik Angah (hanya saya sorg guna nama ni) =p


Aha..Yg atas ni Friendster Sy..
saya jarang on9 tp dalam seminggu adela dalam 3 X update (;
klik sini ya : http://www.friendster.com/cikangah
feel free 2 add me (:


Facebook saya pula..hehehe...
kalau sahabat2 sekalian ade Fb,leh la Terjah saya di ;
http://www.facebook.com/nadwati.munirah
Hari-hari saya update status =p

Yg atas ni email saya..
email lah saya ( citt perasan ade org nk emel)
nadshah86@yahoo.com.my
nadya.angah@gmail.com






Sekian dulu dr saya...

"Sharing is Caring"

Assalamualaikum =)


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Related Posts with Thumbnails

Klik My Nuff If Keluar (: