Nuffnang Saya

Jom follow Saya :)

Showing posts with label Rahsia Anda. Show all posts
Showing posts with label Rahsia Anda. Show all posts

Friday, September 3, 2010

Jom Balik Kampung!! [ Tips-tips dr Cik Angah ]


Salam...hohoho...saat entry ini ditulis..saya telah bercuti....hohorlick!
lama 2..dari hari ini (3sept) sampai (19 sept)
lama bukan???
itulah untungnya menjadi seorang GURU..
ngeee~ murid cuti,saya turut bercuti..
lalala~

saya mahu berkongsi sedikit sebanyak Tips untuk anda semua sebelum pulang ke
kampung masing-masing..

Pertama: Pastikan anda mengemas segala baju-baju/kasut/tudung dll barang
at least 2 hari sebelum pulang ke kampung.. penting taw..ini bg mengelakkan korang x
bertepuk dahi bila mana barang yg nak di bawa tetibe x terbawa.nak2 pulak kampung
n rumah korang sikit punya jauh klu nk patah balik..

Kedua: pastikan juga anda tidak lupe membawa peralatan kecil seperti charger h/phone,
berus gigi,shampoo,sikat,pin tudung,hanger dll brg2 yg anda rasa perlu untuk
anda/keluarga guna.. so xyah la nk pinjam brg2 sedara mara masa kt kg nnti..
bijak bukan?

Ketiga: aha! ini tips sebelum anda meninggalkan rumah anda untuk balik ke kg. Ingat!!
anda silap bila mana anda hanya 'solex'/mangga grill pintu rumah anda. zaman skrg
ni pencurik/pemecah rumah semakin bijak. mcm2 cara yg dorg leh guna utk memecah msk umh
anda.. ape kata anda guna inisiatif yg kreatif&kreatis spt meletakkan notes di
almari solek/almari baju anda " maaflah sedara,xde benda yg nk dicuri dalam ni"
@ pun letakkan kata2/ayat2 yg blh menginsafkan " sesungguhnya ALLAH melihat apa yg
sedang anda buat" dll ;D

Keempat: Servis kenderaan anda. make sure semua peralatan tambahan ade dlm kereta anda
spt spanar2/tayar spare dll

Kelima: Jgn lupa membawa segala peralatan elektronik anda seperti Laptop,handphone,broadband,mp3,mp4 dll. mana taw kot2 anda balik kampung lama, boring2 leh on9 seketika..itupun klu ade line ye x..

Keenam: Bagi yg ade binatang/haiwan peliharaan spt kucing,hamster,kura-kura,jgn lupa tinggalkan mereka dgn stok2 makanan untuk jumlah ahri yg anda tinggalkan rumah..kang terlupa plak korg nk spare kan mknn dorg,mati kebulur la plak kan..
xpun ape kata,tinggalkan buat seketika kat jiran korang & klu susah2 sgt,bawak aje balik kampung sama...hehe..





rasanya itu aje kot tips b4 balik kampung untuk anda semua..
segala tips ini adalah berdasarkan pengalaman &pemerhatian saya..
kalau ade tips lain,kongsi lah ye..
Selamat Pulang ke kampung bg yg ade kampung ;D
hati2 di jalan raya & lebuh raya ;D


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Tuesday, August 17, 2010

Pantang Larang Semasa Mengandung [ org melayu]



* Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak.

* Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.

* Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya.

* Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.

* Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.

* Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.

* Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.

* Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.

* Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan.

* Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.

Selain pantang larang yang dinyatakan di atas terdapat beberapa pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung:

* Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.

* Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya.

* Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.



Komenlah setiap kali anda membaca =)

Friday, October 30, 2009

Petua Mencuci Hati

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan
.
3) Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda
.
4) Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X
.
5) Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Saturday, April 18, 2009

Karektor Kerja dan Zodiak

Adakalanya karektor seseorang individu berkait rapat dengan zodiaknya. Kali ini jom kita tinjau zodiak dan apa pula karektor kerja seseorang itu. Apakah ianya menepati karektor kamu?


Pekerja Aries Pekerja yang berzodiak Aries tidak sukakan pekerjaan yang memerlukan mereka melakukan pekerjaan yang sama sepanjang masa. Cepat jemu dan terasa seolah-olah kreativiti mereka terbatas. Selain itu, gaji bukan penarik minat utama mereka menceburi sesuatu kerjaya. Yang penting kepuasan kerja dan prospek kerja yang luas bagi membolehkan mereka meningkatkan keupayaan diri. Mereka juga sukakan pekerjaan yang boleh mencabar keupayaan mereka. Untuk membuatkan si aries ini gembira, berikan kepercayaan kepada mereka untuk membantu apa yang perlu terutamanya menunjuk ajar pekerja yang kurang mahir. Mereka memang suka bab macam tu!

Pekerja Taurus Bukan nak mengampu, tapi sememangnya Taurus adalah seorang pekerja yang baik! Mereka sangat setia, kuat kerja dan tak suka 'kipas mengipas' ni. Mereka bekerja ikut peraturan dan akan sedaya upaya melakukan kerja yang diberikan itu hingga selesai. Cuma mereka ni memang agak 'lembab' sikit dan suka buat kerja 'last minute'! Pun begitu, mereka sentiasa inginkan bimbingan dan tunjuk ajar daripada orang lain untuk melakukan yang terbaik. Tapi usah cuba nak memperalatkan mereka, buruk padahnya nanti! Untuk menggembirakan Taurus, serahkan projek yang benar-benar menepati keupayaan mereka.

Pekerja Gemini(Cik Angah) ^_^ Mereka ini gemar berkongsi idea dengan teman setugas yang lain. Tak kedekut ilmu beb! Tapi dalam masa yang sama mereka tidak boleh menumpukan perhatian kepada satu kerja saja dalam tempoh yang lama. Selain itu, mereka ini suka benar mengambil tahu soal orang lain jadi tak hairanlah mereka ni boleh menjadi 'ratu gosip'. Mood dan produktiviti mereka sering berubah ubah dan saling berkaitan. Pekerjaan yang sesuai adalah pekerjaan yang membolehkan mereka menjelajah ke banyak tempat.

Pekerja Cancer
Bagi mereka, pekerjaan adalah untuk mendapatkan wang bagi menyara kehidupan. Mereka ini juga boleh diharap dan sentiasa bersedia membantu di saat diperlukan. Usah bimbang mereka ini bukan termasuk di dalam orang-orang yang berlumba untuk mendapatkan kuasa. Bagi mereka, pekerjaan penting bagi menjamin kehidupan yang selesa. Persekitaran kerja amat mempengaruhi mereka. Tentu kamu akan disukai jika bersikap peramah.

Pekerja Leo
Wah! Si Leo rupanya ingin diri mereka menjadi perhatian utama di tempat kerja. Biarpun mereka tidak boleh memimpin tapi mereka akan cuba mencari jalan untuk meningkatkan status mereka di mata teman-teman sepejabat. Usah cuba nak komen, pasti tak diterima mereka! Namun mereka gemar memberi nasihat kepada orang lain. Untuk 'mengawal' mereka ini, senang saja. Berikan mereka lebih tanggungjawab agar mereka rasakan diri mereka itu orang penting! Tapi berwaspadalah kamu. Silap haribulan, kerja kamu pula dirampasnya!

Pekerja Virgo
Jika kena gayanya, mereka mampu bekerja dengan rajin. Mereka tak kisah jika terpaksa bekerja malam semata-mata untuk memastikan segala kerja berjalan lancar. Sememangnya kejujuran kunci utama mereka dalam bekerja. Tapi mereka ini mudah sangat mengkritik jika ada yang silap pada pandangan mata mereka. Mereka sanggup melakukan pelbagai kajian sebelum memulakan sesuatu tugasan yang diberikan bagi melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan yang diperlukan. Mereka tak perlu diampu, cukuplah jika mereka merasakan kerja mereka dihargai.

Pekerja Libra
Ramai teman sekerja yang beranggapan bahawa mereka ini terlalu sensitif dan sukar bekerjasama. Keupayaan mereka juga berubah-ubah. Satu hari mereka kelihatan bertenaga dan mampu bekerja cemerlang dan di hari yang lain pula mereka bersikap sebaliknya. Namun sekiranya mereka mampu mengawal mood mereka yang tak seimbang itu, tak mustahil mereka boleh naik pangkat! Walau bagaimanapun, jangan cuba nak memerintah mereka lebih-lebih pula!


Pekerja Scorpio
Ternyata mereka ini mampu berdikari dan mengharapkan pertolongan daripada orang lain sangat. Segalanya bisa diatur! Yang bagusnya, mereka tak pernah campur adukkan soal kerja dan peribadi. Mereka tak takut untuk menyuarakan pendapat sekiranya merasakan ada yang tak kena. Berani kerana benar! Tak kira yang buat salah itu orang atasan atau teman sejawat! Mereka juga akan melayan orang lain seperti orang lain melayan mereka. Bermakna, kalau orang baik dengan mereka, begitu juga dengan mereka. Kalau tak, maaf sajalah!

Pekerja Sagitarius Mereka ini berkeyakinan, ceria dan bersedia membantu dalam pekerjaan. Apa jua yang diserahkan kepada mereka pasti akan dilakukan sebaik mungkin. Tak ada masalah! Pun begitu, usah perlekehkan mereka kerana itu adalah kepantangan bagi mereka! Jangan cuba main-main!

Pekerja Aquarius
Sukar untuk bertolak ansur dengan mereka. Bukan apa,mereka asyik ingin lakukan yang terbaik. Mereka juga bercita-cita tinggi. Untuk mengembirakan mereka, beri peluang kepada mereka untuk meluaskan pengetahuan dan skil kerja mereka.


Pekerja Capricorn
Mereka gembira bila merasakan diri mereka diperlukan untuk menjayakan sebarang kerja. Mereka juga akan sentiasa cuba untuk meningkatkan daya usaha mereka. Pun begitu, mereka bukanlah seorang yang suka memaksa. Apabila mengenalpasti matlamat, pasti mereka akan berusaha untuk mencapai segala yang diimpikan itu. Namun mereka bukanlah bekerja secara sukarela saja. Jika dirasakan kerja yang dilakukan berbaloi, bermakna gaji yang diberikan juga harus berbaloi!

Pekerja Pisces
Mereka boleh menjadi seorang pekerja yang taat dan kerja kuat. Sekiranya ada yang tak kena di dalam pejabat, pasti merekalah yang mula-mula mendapat tahu. Mungkin sebab terlalu prihatin kot!Mereka gemar melakukan sesuatu yang dianggap berbaloi untuk dilakukan!
P/s:- Yang Baik diikuti,Yang x baik Dijauhi =p


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Monday, April 13, 2009

Rahsia Wanita Menurut "Tajul Muluk"

Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrolosi zaman silam, khususnya dalam masyarakat melayu kuno dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari yang baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari.

Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.


Rahsialelaki Wanita Mengikut Bulan Kelahiran

Januari

- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja

Febuari

- boleh di percayai, pandai buat kerja, sangat teliti dalam urusan kerja tetapi suka bermain cinta

Mac

- ringgan tulang, mudah membantu, tiada bakat dalam perniagaan kecuali bimbingan. mudah tergoda pada lelaki, tak pandai menyimpan wang dan suka sendirian.

April

-Tabiat lekas naik darah, pertuturan keras dan kedekut

Mei

-Suka merendah diri,penyabar, suka meminta bantuan orang lain tiada bakat dalm perniagaan, manis pertuturan dan mudah dengan lelaki.

Jun

- banyak ilmu pengetahuan, ringgan tulang, hidup dalam kemewahan, perkahwinan tidak kekal, pernikan lebih sekali.

Julai

-Banyak pancarobahidup dan godaan, banyak perolehi rezeki

Ogos

-bernikah lebih dari sekali,berbakti pada suami, rezekinya pada suami dan rajin berusaha.

September

-Murahhati, tabah dalam dugaan serta mempunyai ramai anak

Oktober

-murah rezeki, keras hati dan mudah simpati

November

-rajin, pandai berbicara, mudahmenyeleweng, tidak menafaatkanharta pusaka

Disember

- rajin berusaha, lekas naik darah, kers hati, bila marah berapi-api, anaknya ramai lelaki dan murah rezeki

kredit:- WAKABAYASHI


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Wednesday, April 8, 2009

Male Vs Female

Duit

Seorang lelaki akan bayar 2 Hinggit
untuk barang berharga 1 Hinggit yang
dia perlukan.

Seorang perempuan akan bayar 1 Hinggit
untuk barang berharga 2 Hinggit yang
dia tak perlukan tapi ada sale….


Bilik Air

Lelaki biasanya ada maksima 5 barang
dalam bilik air iaitu berus gigi, obat
gigi, pisau cukur. Krim Pencukur dan
Sabun (semua tu pon rembat kat Hotel)

Kadar purata barangan wanita dalam
bilik air adalah 37. Barang barang nih
korang tak kenal pon jadik takyah lah
senaraikan kat sini


Berhujah/Berdebat

Seorang pompuan memiliki kata
putus/akhir dalam setiap perdebatan.

Apa apa yang lelaki katakan selepas
itu akan di jadikan bahan permulaan
perdebatan baru.


Kucing

Pompuan suka Kucing .

Lelaki kata dia suka kucing , tapi bila
pompuan tak nampak disepaknya kucing
tuh ahaksss….


Masa Depan

Seorang pompuan risaukan masa depannya
sehingga dia mendapat suami

Seorang lelaki tak penah kesah
risaukan masa depan dia hinggalah dia
dapat seorang isteri


Berjaya

Seorang lelaki yang berjaya adalah
lelaki yang mampu membuat banyak duit
untuk di belanjakan oleh isterinya

Seorang pompuan yang berjaya adalah
pompuan yang berjaya memikat lelaki
seperti di atas… ahaksss


Perkahwinan

Seorang Perempuan mengahwini seorang
lelaki berharap dia akan berubah tapi
tak gak berubah ubah sampai ke tua…

Seorang lelaki berkahwin dengan
seorang pompuan berharap dia takkan
berubah, malangnya semuanya berubah…
mental dan fizikal ..

Psstt.psst...anda setuju??x setuju?kenapa?


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Thursday, February 5, 2009

Rahsia Tahi Lalat....

1. Di kepala sebelah kanan - terkabul cita-citanya
2. Di kepala sebelah kiri - sering menemui kesusahan
3. Ubun-ubun - kurang jujur
4. Pusar - cerdas,tangkas dan tekun
5. Di Kening kanan - cergas dan cekap
6. Di kening kiri - cergas dan sopan santun
7. Sudut mata kanan luar - baik budi, ramai yang cinta
8. Sudut mata kanan dalam - disayangi suami atau isteri
9. Biji mata kanan - suka serong dan pembohong
10. Biji mata kiri - pembohong tapi baik hati
11. Di alis kanan - baik hati, suka menolong
12. Di alis kiri - ramai yang suka
13. Di pipi kanan - ramai teman
14. Di tengah-tengah pipi kanan - ramai yang suka
15. Di tengah-tengah pipi kiri - ramai kawan
16. Pada hidung - banyak rezeki
17. Pada batang hidung - banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
18. Bibir atas kanan - banyak rezeki dan pandai
19. Bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati
20. Bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yang suka
21. Bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah
22. Hujung mulut kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah
23. Hujung mulut kiri - suka berpoya-poya
24. Dagu bawah kanan - jujur dan baik hati
25. Dagu bawah kiri - bijaksana, berbudi luhur
26. Leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita
27. Leher kiri - cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
28. Leher ditengah - tercapai apa yang dicita
29. Di bahu kanan - cermat dlm mengambil keputusan dan banyak tanggungan
30. Di bahu kiri - suka kerja keras, banyak tangungjawab
31. Di dada kanan - dapat mengatasi masalah
32. Di dada kiri - berani, jujur dan sabar
33. Tetek kanan - baik hati, pendiam dan simpan rahsia
34. Tetek kiri - ramai kawan, setia pada suami atau isteri
35. Di punggung kanan - pendiam, simpan rahsia
36. Di punggung kiri - lambat, kurang agresif
37. Di perut bawah kanan - banyak rezeki, suka memberi maaf
38. Di perut bawah kiri - baik hati, tenang hidupnya
39. Pinggang kanan - sayang pada isteri atau suami
40. Pinggang kiri - disayangi oleh isteri atau suami
41. Di jari telapak tangan kanan - banyak rezeki tapi boros
42. Di jari telapak tangan kiri - banyak rezeki, menyimpan
43. Lengan kanan - setia dan taat pada atasan
44. Lengan kiri - menepati janji dan suka kerja
45. Siku tangan kanan - kuat hendak memiliki kekayaan
46. Siku tangan kiri - baik hati, suka menolong
47. Ketiak kanan - menyimpan rahsia
48. Ketiak kiri - jujur, banyak yang cinta
49. Pergelangan tangan kanan - boros, suka bersukaria
50. Pergelangan tangan kiri - dapat berpangkat
51. Pangkal peha kanan - kemahuan kuat
52. Pangkal peha kiri - suka kerja apa saja
53. Kemaluan kanan atau kiri - baik, suka senggama (bersetubuh)
54. Di kepala kemaluan - bakal beristeri dua
55. Betis kanan - suka berpoya, boros
56. Betis kiri - tidak suka menganggur
57. Tumit kanan - jujur, banyak kawan
58. Tumit kiri - baik budi
59. Di telapak kaki kanan - tidak mudah mengeluh
60. Di telapak kaki kiri - baik budi pekertinya
61. Lutut kanan - bersifat tidak peduli, tidak mahu berusaha
62. Lutut kiri - kurang berusaha


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Related Posts with Thumbnails

Klik My Nuff If Keluar (: