Nuffnang Saya

Jom follow Saya :)

Sunday, June 20, 2010

3D Pictures

Mungkin ramai di luar sana yg tlh melihat byk gmbr2 hasil kreativiti artis Luar Negara yg bijak mengunakan kemahiran mereka dalam lukisan (mesty pndi lukis or at least kn ada skill klu x,xjadi) Artis Luar mmg sangat2 kreatif dalam Seni ni..dan dasar Negara mereka yg byk memberi sokongan pun memainkan peranan jugak..Mmg kebanyakan Negara luar sangat Terbuka dalam Bidang Seni kreatif malah rakyat mereka juga menerima dgn baik Artis2 dalam bidang seni..lagi2 Seni Halus (sy amik cos ni ms kat U)

Bilelah Malaysia bersifat lebih terbuka dalam Penerimaan terhadap Artis-artis seni ni ye(mmg ada tp ciput sgt)..
hurmmm...Knpa sy ckp mcm 2..sebab dr pemerhatian sy selama ni pun x byk agensi Swasta/Gov yg mengadakan Pameran2 seni...kalau adepun bermusim...bukan setakat pameran,aspek lain pun kena ambik kira...

Uh..sudah byk membebel,korang tgklah gambar2 yg sy dapat dr Pakcik google ni ye..

Indah Bukan..& sgt2 Awesome!


sangat real...


Yg x tahan 2 ade Alligator...ngeee~


Comel baby 2..citt~ katak 2 sangat besar!!


Yg Nih Lawa..fuhhhh~


sangat2 teruja..rasa nk pegy sini!!!
dah mcm berlaga plak..

nk men laptop pun bley ape..
i loike (;


"Sharing is Caring"


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Friday, June 18, 2010

Gelagat Anak-Anak Murid

salam...
sebenarnya entry ni dah lama sy nk post..tp terbantut dek kerana busy dgn
Majlis Perkahwinanku tempohari...
apepun, entry kali ini berkenaan dgn Photo2 anak2 murid kesayanganku yg sempat sy snap
d sekolahku klik sini

untuk pengetahuan semua,sy adalah seorang Guru PraSekolah JAIS di Shah Alam,Selangor
  • mengajar n Guru Kelas 5 Thn (al-Huda)
  • waktu bekerja 7.30am-1.00pm (kejap bukan) =)


amat riang mereka-mereka ni bile cikgu mau tgkp gmbr..

mmg pantang bile nmpk kamera..

sporting hbs~ =p

yg ni Muhd Shakir..paling nakal dalam kelas...

& menghiburkan... ^_^

Murid lelaki plg Over..hehehe..


Yg Sengeh nmpk gigi 2 namanya Mohd Imran..pun nakal gak.. =p


Damia & Nabil Iqbal ^_^

Align Center
yg dak comel atas nih Nur Afriena Damia..comel n plg kecik dlm klas..

iwan tgh picit cikgunye yg dalam keletihan..hehehe...sungguh terharu ketika ini =p




hOhOhO...

dan byk lagy gambar-gambar yg nk sy kongsikan..

tggu entry selepas ni ek...

^_^


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Thursday, June 17, 2010

Hari Bersejarah Part 6 [Open Gift ]

Jgn Jeles nengok hadiah yg banyak nih ek ^_^




Agak2 korang ade berapa hadiah yg saya dapat msa majlis haritu?



cuba teka......




Banyak..sampai x larat nak membukanya..


Thnks kpd semua rakan-rakan,saudara mara dan mereka2 yg sudi
bg hadiah nih...
mmg besh =)


ade mcm2...


beberapa ninja turut menolong..ringan skit kerjaku :)


Antara hadiah yg saya dapat adalah =

  • Lesung Batu
  • Blander (betul ke eja nih..hehehe)
  • Periuk Belanga
  • Set Pinggan Mangkuk + Set Cawan(paling byk)
  • Jam taruk Kt Dinding
  • Purse (didatangkan khas dr Kemboja u!~)
  • Lampu Tidur
  • Tmpt ltk kunci..


dan banyak lagi...mmg seronok sgt kawin ni sbb byk dapat hadiah...

t/jawab juga BESAR!!~Ingat 2..... ^_^

sampai bertemu lagi....daaaaa~


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Hari Bersejarah Part 5 [Prince & Princess ]


Prince n Princess sdg sibuk melayan para jurugambar yg mengSnaP gmbar kami =p


"B,ramainya org kat luar 2 yg tgk kita peluk2 ni"

"ala...xpe yang..bukan sllu kita nk bg org tgk nih "

walawe~ seronoknya sy berposing...hehehe~


x sah kalau xde cekak2 pinggang~


tataplah gambar kami ya..hehehe....

1 dari 3 persalinan yg d beri ^_^

"Majlis Perkahwinan yg akan d kenang smpi bila-bila...Penuh Suka & Duka"



Komenlah setiap kali anda membaca =)

Sunday, June 13, 2010

Hari Bersejarah Part 4 [ Majlis B`tandang] 5Jun10

hai..bertemu kembali..suda masuk Part 4 rupenya...hehehe..

tup tap tup tap..hebat betol saya berblog sejak 2-3 menjak nih..hehehe

oklah rakan-rakan,makcik-makcik,tuan puan dan puan-puan..

gambar d bawah adalah semasa Majlis Bertandang pihak pengantin Perempuan
ke PAHANG pada 5 Jun 2010...

p/s: Gambar x ikut turutan taw...hehhehe..saya betol2 malas nk susun..~

^_^

budget comel la masa berjalan nih..tetibe....

bunyi mercun!dam dum dam dom!!! tekujat saya taw!

tetapi masih cover gik.....hehehe

sempat lagi touch up..
psssttt..jauh kan pengantin laki ngan pompuan..dah mcm begaduh lak.. =p



kedatangan pengantin di sambut dgn SILAT dr mukim Sg Retang,Jerantut,PHG


x sah kalau x kiss2 =p


My Lovely Mum...sayang mak sangat2...


di apit oleh along dan kak lonng ^_^


Bersamamu bersama Maklang,Dekwa
p/s: Gambar x ikut turutan taw...hehhehe..saya betol2 malas nk susun..~ ^_^


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Saturday, June 12, 2010

Hari Bersejarah Part 3 [ Hari Pesandingan,30Mei2010 ]

Salam..hohoho...suda masuk Part 3 pula..

silalah skroll ke bawah dan melihat gambar2 sewaktu majlis persandinganku

  • 30 Mei 2010 (Ahad)
  • Tempat: Taman Meranti,Kuala Selangor



Yg baju kaler ungu nih pengapit saya...hOhOhO..

kawan semasa di U dan ayah kami berkawan sama..
(masing-masing POLIS)


yg atas nih plak sahabat dak sekolah rendah....since standard 1-5..


aha..yg ni my besh fren 4 ever...cik umi norana mat hassan..
Beliau banyak menolongku sewaktu Majlisku..
syg sgt2 kat dia..


hehehe..malu..ni masa bersanding..


hehehe..sepadan x?


yg ni eksyen aje.. =p takut make up tanggal..kunun2 salam..


pas Makan Beradab...kenyang! =p

potong kek (:
p/s: more pic coming soon ya....


(:

mau layan hubby sat...cian dia br pulang dr kerja..

berdosa besar taw x layan suami...

hOhOhO..


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Friday, June 11, 2010

Hari Bersejarah Part 2 [ Akad Nikah ]

Salam dan Salam Sejahtera
hohoho..bertemu kembali...saya rasa,saya tamau membebel banyak2...cukuplah
sy coretkan beberapa point2 penting ya... ~_^

  • Akad Nikah pd hari Sabtu,29Mei2010 dan di walikan oleh ayah tercinta,Encik Kamari Nirman
  • Majlis Akad Nikah di jalankan di Masjid Assam Jawa ,kira-kira 10 minit dr rumah
  • Berjanji dgn Imam jam 2.00 ptg tp penganten perempuan terlmbat 1jam 30minit d sebabkan Mak andam smpi lewat
  • Mak andam bukan org len pun...kawan sekolah menengah dulu..Cik Nisa Dila dan d temani dgn Cik Umie(my besh ever fren)
  • Alhamdullilah dgn sekali lafaz, Encik Hishafudin Umar berjaya dgn jayanya melafazkan Aku Terima Nikahnya....
dgn itu,tataplah wajah2 saya ya..sebelum & selepas (:





heeee~ rasanya gambar dah cukup untuk menceritakan ape yg sedang berlaku..

mmg x dapat d bayangkan dan d ungkapkan dgn kata2 betapa girangnya hati ini saat sah menjadi isteri org kira-kira jam 2.43 minit petang, Sabtu, 29Mei2010


hOhOhO...

InsyaAllah kita masuk ke Part 3 pulak ya...

have fun ~






Komenlah setiap kali anda membaca =)

Hari Bersejarah Part 1 [ Masa Berinai ]

salam & salam sejahtera kpd semua2 yg sudi membaca coretan saya ini

Alhamdullilah ...sudah hampir 2 minggu saya telah sah menjadi isteri kepada

mohd hishafudin bin umar...

hOhOhO...sebenarnya sy xtaw nk mulakan dari mana ni..

agak lama meninggalkan dunia penulisan blog dan baru hari ni (act semalam)

tergerak hati nak menulis kembali...

saya mulakan dgn BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM...

semoga dgn paparan dan coretan ini dapat menjadikan ia sebuah naskhah yg mana dapat memberikan kenangan Abadi antara Aku dan Dia...

hehehe..bunyinya agak sentimental jiwang bukan...ohohoho..itu bukanlah diriku!

stop it angah!

ok...ape kata, kita lihat gambar2 semasa saya sedang memakai INAI :)

pakai inai ni sehari b4 ijab dan kabul (hari JUMAAT 28 mei 2010- kire2 jam 9.30am) oh ya!! 28mei juga adalah ulangtahun hari jadiku yg ke 24 :)

sedikit iklan ya : sy x buat malam berinai so mlm berinai menjadi siang berinai..hihihi




aha..ni tgn saya..hihi...nama kakak yg lukis inai ni K.Atie..
dia ade butik d Tg Karang dan dia dgn besar hatinya menolong melukis inai tuk sy
w/pun da last2 minute sy call dia...hehehe..

khusyuk betul kak atie nih melukis...hehehe...
mmg tekun sgt2...dah sakit pinggang nih...adehhh..



aha..ni kat tapak tangan plak...cantik kan..
motif bunga ni yg sy pilih..sebab cantik dan comel...
=p
Align Center
yg ni kat kaki plak..hehehe...segan nk masukkan byk2...kang tah hape2 gmbr x senonoh plak masuk =p



hOhOhO...amcm...? ada brani? hehehe...tetibe jek kan...ni br part 1 taw... InsyaAllah ade Part 2,3,4 kowt...mudah2han..

enjoy ya!

kawin hanya sekali...InsyaAllah..





Komenlah setiap kali anda membaca =)

Thursday, June 10, 2010

Doa Isteri Solehah


Gambar di atas adalah gambar diriku semasa majlis perkahwinanku
semoga doa di bawah ini menjadi petunjuk untukku agar menjadi isteri yg diredhai Allah SWT dan isteri yg solehah dunia dan akhirat...Amin...
Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi ya Allah…
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah…
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah…
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu'
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu
Ya Allah…
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayatia gama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu, Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu
Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmat
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihatiAmin,
Ya Rabbi Allamin…….


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Sunday, March 21, 2010

Ubah Suai


























salam...uit rakan2 bloggers sekalian...

cik angah skrg ni dh kurg masa nk hupdate blog..

nk wat transformasi kt blog ni ha..

nantikan ya?

insyaAllah...

jaga diri baik2 k..


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Related Posts with Thumbnails

Klik My Nuff If Keluar (: