Nuffnang Saya

Jom follow Saya :)

Thursday, April 30, 2009

Promosi Kek Lapis Sarawak

KEK LAPIS SISIK IKAN


KEK LAPIS SUTERA DUBAI


KEK LAPIS MASAM MANIS


KEK LAPIS CHOCOLATE CHIP

KEK LAPIS CHEESE

KEK LAPIS BATIK KENYALANG

ALSO AVAILABLE:-

KEK LAPIS CHOCOLATE

KEK LAPIS STRAWBERRY

KEK LAPIS PUCUK REBUNG

HARGA BIASA:- SATU-RM22(500gm) saiz 9”x3”x3

HARGA PROMOSI:- SATU-RM18(500GM) saiz 9”x3”x3 (Promosi berakhir 10mei 2009)

Di Jamin Halal dan Bermutu

Kos penghantaran (Pos Laju)

Semenanjung Malaysia:- Rm 12 untuk 1biji kek (500gm)

Sabah dan Sarawak:- Rm10 untuk 1biji kek (500gm)

(Jika beli lebih daripada 5biji kek,diskaun20% akan diberi)

Tempoh sampai 1-2 hari.

Jika berminat,sila email kepada saya nadshah86@yahoo.com.my

*Nama Penuh,Alamat,No Telefon dan Jumlah kek

* Akaun bank akan diberi hanya setelah tempahan di buat.

*Sebarang tempahan hanya selama 3 hari,selepas itu,sekiranya tidak ada pembayaran,

tempahan tersebut terbatal sama sekali.

* Cik Angah hanyalah orang Pengantara =)







Komenlah setiap kali anda membaca =)

Wednesday, April 29, 2009

Nilai seorang Ibu,Mak,Mama,Umi...

*Cik Angah harap korang hayati tau..
Hari Ibu Bakal menjelma....


Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak

bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak

Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak

Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak

Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak

Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "

Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak

Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak

Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak


* 1st time baca angah nangis..huhu..
mak angah jauh kat semenanjung..huhu..
tingginya nilai seoarang ibu...
);



Komenlah setiap kali anda membaca =)

Tuesday, April 28, 2009

Fakta Untuk Dikongsi Together

* Fakta ini untuk dikongsi bersama
sumber:- pakcik google

1. Ikan yu kehilangan gigi lebih dari 6000 batang setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam masa 24 jam sahaja

2. Nama kereta Nissan berasal dari bahasa jepun Ni : 2 dan San : 3. Nissan : 23

3.98% dari perkosaan dan pembunuhan dilakukan oleh keluarga dekat atau teman si mangsa.

4. Mulut menghasilkan 1 liter air liur setiap hari

5.Kita bernafas kira-kira 23,000 kali setiap hari

6.Rata-rata kita menuturkan 5000 perkataan setiap hari (walaupun 80% dari padanya kita bercakap pada diri sendiri)

7. Seandainya kuota air dalam tubuh kita berkurang 1%, kita terus merasa haus

8. Seumur hidup kita meminum air sebanyak lebih kurang 75,000 liter

9.Seorang lelaki kehilangan 40 helai rambut tiap hari. Wanita pula 70 helai sehari.


10.Sehelai rambut di kepala kita mempunyai masa tumbuh 2 sampai 6 tahun sebelum diganti
dengan rambut baru

11.Hampir semua lipstik mengandungi sisik ikan


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Monday, April 27, 2009

Mak Aihh...! Ramainya..

salam...

selamat petang..

cik angah pelik ni...apsal makin hari makin bertambah FOLLOWER cik angah?

dan yang bertambah pelik, pandai follow tp x beritahu u all dari negara benua mana?

cik angah x kisah pun korang nak follow,follow ajelah..tp,sekurang2 nya tinggalkan lah jejak perantau anda..

ini x...hmmm...

so kepada mereka-mereka yang telah follow/link saya, sila beritahu ok?

senang saya link n follow korang jugak..

regards,

cik angah


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Saturday, April 25, 2009

Sayangi Ibu Anda...


<------Ibu Kesayangan Hati Cik Angah ^_^ Puan Rosmah

> Ketika berusia 1 tahun , ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapakn terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.
> Apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain..kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.
> Menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang..kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.
> Ketika usia 4 tahun , ibu membelikan sekotak pensil warna, kita ucap terima kasih dengan menconteng dinding.
> Berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru, kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.
> Setelah berusia 6 tahun , ibu memimpin tangan kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menjerit : "Tak nak ! Taknak !"
> Apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola.cara mengucapkan terima kasih ialah kita pecahkan tingkap jiran.
> Menjelang usia 8 tahun , ibu belikan ais krim , kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.
> Ketika usia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah..kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas.
> Berusia 10 tahun , ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita kemana sahaja..kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.
> Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah..kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen.
> Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat..kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai zaman sekarang.
> Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama , kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak menulis sepucuk suratpun.
> Berusia 15 tahun, ibu pulang daripada kerja dan rindukan pelukan dan ciuman..kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.
> Menjelang usia 18 tahun , ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke IPTA, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka ria bersama kawan-kawan.
> Ketika berusia 19 tahun , ibu bersusah payah membayar yuran pengajian, menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke asrama.kita hanya ucapkan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.
> Berusia 20 tahun , ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa, kita kata. "Itu bukan urusan ibu".
> Setelah berusia 21 tahun , ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya.kita kata " saya tidak mahu jadi seperti ibu".
> Ketika berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita. Di belakang ibu kita katakan pada kawan-kawan.. "perabot pilihan ibu aku tidak cantik, tidak berkenan aku!"
> Menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanyakan mengenai perancangan masa depan, kita menjeling dan merungut. "ibu , tooooolongglah.."
> Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menangung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. Ibu menangis dan memeberitahu betapa dia sangat sayangkan kita tetapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.
> Pada usia 30 tahun, ibu menelefon memberikan nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi..kita dengan megah berkata, "itu dulu, sekarang zaman moden..".
> Ketika berusia 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri kendara di kampung.. kita berkata "kami sibuk, tak ada masa nak datang"
> Apabila usia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya, kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak.Dan kemudian suatu hari, kita mendapat berita ibu meninggal ! Khabar itu bagaikan petir !! dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.
> Beginikah kita???? NO!!! We are not….we love our beloved mother. Aren’t we?
> Jika ibu masih ada, sayangi dia. Jika telah tiada, ingatilah kasih dan sayangnya. Sayangilah ibu kerana kita semua hanya ada seorang ibu kandung….
‘Innassolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi robbil a’lamin’
> "sesungguhnya ibadahku, amalanku, hidupku, matiku, adalah semata-mata kerana Alllah SWT"

> p/s: ingat syurga itu dibawah tapak kaki ibu......


kredit:-http://need-iman.blogspot.com


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Thursday, April 23, 2009

Award From Ekino


1. letakkan logo award ini ke blog anda.
2. anugerahkan award ini kepada 10 blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.
3. pastikan anda menyatakan penghargaan ini melalui 'backlink' dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda.
4. informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka.
5. berbagi cinta & sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini.

Mereka yg bertuah adalah:-
cik pu3
cik poyaty
cik naniey
cik farhah zaidah
cik elle
cik umie
Encik Atok
Encik Selamburb


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Wednesday, April 22, 2009

Final Exam


Salam...Cik Angah tgh bertungkus lumus dgn exam ni..Walaupun hanya 2 Paper sem last ni,cik angah kena prepare awal2...=)

doakan cik angah ye kawan- kawan

cik angah doakan kalian juga..

berikut merupakan subjek yg cik angah exam:-

GKP 1073- PENGAJIAN WARISAN DAN BUDAYA (29 aPRIL)
GKP 3153- SENI ASIA TENGGARA SEZAMAN( 30 aPRIL)


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Sunday, April 19, 2009

Introduction About myRakan.com







































Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...,

"Untuk persahabatan yang terus berkekalan" merupakan slogan untuk jaringan komuniti ini..
myRakan.com telah ditubuhkan sejak 5thn yang lepas (2004) oleh seorang hamba Allah yang bernama TOAD..
setakat ini,komuniti ini telah berjaya mengumpulkan sejumlah 6823(Enam Ribu Dua Puluh Tiga Orang) ahli..

Diharap dengan tertubuhnya Blog ini akan lebih menyemarakkan lagi komuniti ini disamping dapat mengumpulkan seberapa ramai pengkut setia myRakan.com

click:-

www.myrakan.com

http://myrakanfc.blogspot.com


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Saturday, April 18, 2009

Karektor Kerja dan Zodiak

Adakalanya karektor seseorang individu berkait rapat dengan zodiaknya. Kali ini jom kita tinjau zodiak dan apa pula karektor kerja seseorang itu. Apakah ianya menepati karektor kamu?


Pekerja Aries Pekerja yang berzodiak Aries tidak sukakan pekerjaan yang memerlukan mereka melakukan pekerjaan yang sama sepanjang masa. Cepat jemu dan terasa seolah-olah kreativiti mereka terbatas. Selain itu, gaji bukan penarik minat utama mereka menceburi sesuatu kerjaya. Yang penting kepuasan kerja dan prospek kerja yang luas bagi membolehkan mereka meningkatkan keupayaan diri. Mereka juga sukakan pekerjaan yang boleh mencabar keupayaan mereka. Untuk membuatkan si aries ini gembira, berikan kepercayaan kepada mereka untuk membantu apa yang perlu terutamanya menunjuk ajar pekerja yang kurang mahir. Mereka memang suka bab macam tu!

Pekerja Taurus Bukan nak mengampu, tapi sememangnya Taurus adalah seorang pekerja yang baik! Mereka sangat setia, kuat kerja dan tak suka 'kipas mengipas' ni. Mereka bekerja ikut peraturan dan akan sedaya upaya melakukan kerja yang diberikan itu hingga selesai. Cuma mereka ni memang agak 'lembab' sikit dan suka buat kerja 'last minute'! Pun begitu, mereka sentiasa inginkan bimbingan dan tunjuk ajar daripada orang lain untuk melakukan yang terbaik. Tapi usah cuba nak memperalatkan mereka, buruk padahnya nanti! Untuk menggembirakan Taurus, serahkan projek yang benar-benar menepati keupayaan mereka.

Pekerja Gemini(Cik Angah) ^_^ Mereka ini gemar berkongsi idea dengan teman setugas yang lain. Tak kedekut ilmu beb! Tapi dalam masa yang sama mereka tidak boleh menumpukan perhatian kepada satu kerja saja dalam tempoh yang lama. Selain itu, mereka ini suka benar mengambil tahu soal orang lain jadi tak hairanlah mereka ni boleh menjadi 'ratu gosip'. Mood dan produktiviti mereka sering berubah ubah dan saling berkaitan. Pekerjaan yang sesuai adalah pekerjaan yang membolehkan mereka menjelajah ke banyak tempat.

Pekerja Cancer
Bagi mereka, pekerjaan adalah untuk mendapatkan wang bagi menyara kehidupan. Mereka ini juga boleh diharap dan sentiasa bersedia membantu di saat diperlukan. Usah bimbang mereka ini bukan termasuk di dalam orang-orang yang berlumba untuk mendapatkan kuasa. Bagi mereka, pekerjaan penting bagi menjamin kehidupan yang selesa. Persekitaran kerja amat mempengaruhi mereka. Tentu kamu akan disukai jika bersikap peramah.

Pekerja Leo
Wah! Si Leo rupanya ingin diri mereka menjadi perhatian utama di tempat kerja. Biarpun mereka tidak boleh memimpin tapi mereka akan cuba mencari jalan untuk meningkatkan status mereka di mata teman-teman sepejabat. Usah cuba nak komen, pasti tak diterima mereka! Namun mereka gemar memberi nasihat kepada orang lain. Untuk 'mengawal' mereka ini, senang saja. Berikan mereka lebih tanggungjawab agar mereka rasakan diri mereka itu orang penting! Tapi berwaspadalah kamu. Silap haribulan, kerja kamu pula dirampasnya!

Pekerja Virgo
Jika kena gayanya, mereka mampu bekerja dengan rajin. Mereka tak kisah jika terpaksa bekerja malam semata-mata untuk memastikan segala kerja berjalan lancar. Sememangnya kejujuran kunci utama mereka dalam bekerja. Tapi mereka ini mudah sangat mengkritik jika ada yang silap pada pandangan mata mereka. Mereka sanggup melakukan pelbagai kajian sebelum memulakan sesuatu tugasan yang diberikan bagi melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan yang diperlukan. Mereka tak perlu diampu, cukuplah jika mereka merasakan kerja mereka dihargai.

Pekerja Libra
Ramai teman sekerja yang beranggapan bahawa mereka ini terlalu sensitif dan sukar bekerjasama. Keupayaan mereka juga berubah-ubah. Satu hari mereka kelihatan bertenaga dan mampu bekerja cemerlang dan di hari yang lain pula mereka bersikap sebaliknya. Namun sekiranya mereka mampu mengawal mood mereka yang tak seimbang itu, tak mustahil mereka boleh naik pangkat! Walau bagaimanapun, jangan cuba nak memerintah mereka lebih-lebih pula!


Pekerja Scorpio
Ternyata mereka ini mampu berdikari dan mengharapkan pertolongan daripada orang lain sangat. Segalanya bisa diatur! Yang bagusnya, mereka tak pernah campur adukkan soal kerja dan peribadi. Mereka tak takut untuk menyuarakan pendapat sekiranya merasakan ada yang tak kena. Berani kerana benar! Tak kira yang buat salah itu orang atasan atau teman sejawat! Mereka juga akan melayan orang lain seperti orang lain melayan mereka. Bermakna, kalau orang baik dengan mereka, begitu juga dengan mereka. Kalau tak, maaf sajalah!

Pekerja Sagitarius Mereka ini berkeyakinan, ceria dan bersedia membantu dalam pekerjaan. Apa jua yang diserahkan kepada mereka pasti akan dilakukan sebaik mungkin. Tak ada masalah! Pun begitu, usah perlekehkan mereka kerana itu adalah kepantangan bagi mereka! Jangan cuba main-main!

Pekerja Aquarius
Sukar untuk bertolak ansur dengan mereka. Bukan apa,mereka asyik ingin lakukan yang terbaik. Mereka juga bercita-cita tinggi. Untuk mengembirakan mereka, beri peluang kepada mereka untuk meluaskan pengetahuan dan skil kerja mereka.


Pekerja Capricorn
Mereka gembira bila merasakan diri mereka diperlukan untuk menjayakan sebarang kerja. Mereka juga akan sentiasa cuba untuk meningkatkan daya usaha mereka. Pun begitu, mereka bukanlah seorang yang suka memaksa. Apabila mengenalpasti matlamat, pasti mereka akan berusaha untuk mencapai segala yang diimpikan itu. Namun mereka bukanlah bekerja secara sukarela saja. Jika dirasakan kerja yang dilakukan berbaloi, bermakna gaji yang diberikan juga harus berbaloi!

Pekerja Pisces
Mereka boleh menjadi seorang pekerja yang taat dan kerja kuat. Sekiranya ada yang tak kena di dalam pejabat, pasti merekalah yang mula-mula mendapat tahu. Mungkin sebab terlalu prihatin kot!Mereka gemar melakukan sesuatu yang dianggap berbaloi untuk dilakukan!
P/s:- Yang Baik diikuti,Yang x baik Dijauhi =p


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Tag Gatal Nak Kawin

salam..ni tag dari cik POYATY --> http://marrakechmystery.blogspot.com


♥ How old are you?

- 23 years old this coming May

♥ Are you single?

- Proud 2 be single..anyone interested?hehe

♥ At what age do you think you'll get married?

- 25-27

♥ Do you think you'll be marrying the person you are with now?

- I Guess So

♥ If not, who do you want to marry?
- Fahrin Ahmad ( i love u sayang`s..will u marry me?) hak3

♥ Who will be your bridesmaid and bestman?
- My along or Dekwa ...Maybe

♥ Do you want a garden/beach or traditional theme wedding?
-Of Coz! i prefer traditional theme as my 1st choice =)

♥ Where do you plan to go on honeymoon?

- Paris (kota romantik gitu!)


♥ How many guess do you think you'll invite?

- 800-1000 guess


♥ Will that include your exes?

- Not too sure,of coz i`ll invite them..if they(ramai woo my Ex) dtg,its ok 4 me,..but i`m sure they will not come..he3


♥ How many layers of cake do you want?

-5-7 layers..muahaha..


♥ When do you want to get married, morning or evening?

-same as yati..in the middle of the night...hahaha..apsal? jelous huh?


♥ Name the song/tune you'd like to play at your wedding?

- As Long as U Love Me..haha..but of coz my Parents hempuk2 kpla oden..maybe lagu2 nasyid.. or maybe SELAMAT PENGANTIN BARU..hehe

♥ Champage or red wine?

-Soalan hape ni?


♥ Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
- days after the wedding lor..

♥ Money or household items?
- Both!

♥ How many kids would you like to have?
- hmm..2 or 3..

♥ Will you record your honeymoon in DVD or VCD?
- absolutely Yes!

♥ Whose wedding plan would you like to know?
~~Cik yaty( Dia ni WAJIB!!),Cik Comel(dah bertunang dah si Comel ni),n Cik Asna( Ni pun excited nak kawin) hehe..lagi sape yg gatai2 nk kawin sila inform angah..angah nk bisik2 skit..

~~ Mohammad nasri,sila jawab tag ni(sebab hang dok gatai2 baca) dan Encik GM..

~~ saya mempunyai kuasa..anda ada apa?hehe...gurau aje meh!


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Friday, April 17, 2009

10 Hadiah Utama

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Lagi2 Tag Part 2

tag from Selamburb---------> http://selamburb.blogspot.com

  • Nama timangan
    • family –> angah,nad,nadia,munirah
    • schoolmate –> si kurus(hmmm)
    • collegemates –> si cantik angah
    • bloggermates –> cik angah
  • Anda seorang yang
    • lemah gemalai,insomania
  • Insan istimewa dan kenapa dia teramat istimewa
    • Keluarga – Mak,abah dan along(mereka sangat bermakna dlm hidupku)
  • Lagu kesukaan sekarang
    • Dan sebenarnya-Yuna
    • Oasis - Stop Crying Your Heart
    • Akon – Keep You Much Longer, Be With You
    • Ashily – Sarang Ah Nae Ge Oh Gi Man Hae (Witch Yoo Hee OST)
    • Samapi Syurga-Faizal tahir
  • Benda wajib dalam handbeg?
    • IC
    • Lesen
    • Duit
    • Bank Card
    • Kalendar
  • Kali terakhir nangis
    • Malam Semalam
  • tag ramai-ramai rakan kamu (siapa yang suka tag pun boleh amik)
  • cik comel
  • cik dida
  • cik asna
  • cik intan
  • cik noraziha


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Proud 2 be Single..

Cik Angah rasa...ini entry paling pendek pernah angah tulis...
hmm..entry di atas telah menjelaskan segala2 nya...

..adakah aku berbangga dgn `title` single ini?..

..entahlah...huhu..

..sampai bile penantian ini akan berkesudahan?

...adakah aku terlalu memilih?

...atau tiada siapa yg mahu mendekati?

...sunyi....

...sabarlah wahai hati...

...kelak...

...penantian ini ...

...insyaAllah bakal berakhir...

...tapi siapa?

....BERUSAHA,BERDOA,BERTAWAKAL..

...itu jalan yg terbaik bukan?...

pssstt..pagi2 ck angah dah emo meh...anak sape lah ni...hehe...

doakan cik angah ye kawan2...



Komenlah setiap kali anda membaca =)

Thursday, April 16, 2009

Cik Angah mok Jumpa...-->


1) Barrack Obama(presiden AS)
Reason:- Entahlah..xtau nk jumpe knpa..
tp mmg nk jumpe lah...klu dpt jumpe face 2 face,akan ku suruh dia letak jawatanmenghentikan
peperangan di Iraq,Afghnistan dll negara ISLAM..


1) Tun Dr. Mahathir bin Muhammad..
Reason:- kagum dengan corak pemerintahan di era beliau..
22thn menjadi pemerintah membuatku KAGUM..

2) Bill Gates
Reason:- Nak mintak duit sikit hehe..nak mintak dia share ilmu mcm ne Nak jd Kaya.
@ mintak tips2 mnjadi org yg Berjaya dll

p/s:- korang kalau diberi mandat(eceh)/ d beri peluang/ angan2 kan..korg nk jumpe sp?


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Wednesday, April 15, 2009

Dapat Award

salam..Cik Angah dapat award..hehe..thnks kepada Pemberi2 (follower2) cik angah

Award from Ziha
Award From Qaseh Abady
Award hadiah from Ainn
Award From Kimo`s


p/s:- ade beberapa award lag yg cik angah x ambik..nanti angah ambil kemudian ok?
sayang korang semua ^_^


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Tuesday, April 14, 2009

Lagi-lagi Tag..hmm

salam..kepada Noraziha Muhammad Azizudin,angah dah jawab tag ni..=)

Apakah benda paling penting dalam hidup kamu?

Family, handset,laptop dan broadband...hehe

Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan duit sendiri?
Sate 8 cucuk

Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?
Di bawah bulan purnama...hehe..

Berapa lama hubungan kamu berkekalan?
hubungan dgn yg Esa--> sampai bile2...

Adakah kamu dilamun cinta?
maybe yes,maybe not..n i think maybe not...

Di manakah restoran terakhir kamu makan malam?
aduh..x ingat..

Namakan buku terakhir yang kamu beli?
majalah boleh x? COSMOPOLITAN

Apakah nama penuh kamu?
Nadwati Munirah Bt Kamari

Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
Mak

Namakan seseorang yang kamu ingin berjumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
Barrack Obama,Tun Dr M dan Bill Gates

Adakah kamu mencuci pakaian kamu sendiri?
Tidak.Mesin yg cuci.

Org yg kamu nk tag ???
Cik Yaty dan adk Dla


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Monday, April 13, 2009

Is this for real? They pray together..

Kredit:- http://pinkymodel.com/2009/04/13/is-this-for-real-they-pray-together/

I got this pictures from email and i was so comfuse with what is happen in that picture. What is your comment? Sami + Pak imam pray together.





note: we also don’t know where the exact location and what is the real thing happen there.

p/s: bersangka baik!

pandangan kalian??


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Contest di Blog BeliBuy

salam..halu2..ni cik angah nak promote contest yg salah sorg rakan blogger kita anjurkan..korang bacalah sendiri syarat2 kat bwh ni ek..hehe..kat atas 2 cik angah da letak banner contest 2..klik aje...wokeh?


Syarat2 contest di Blog BeliBuy
- Perlu menjadi Follower di Blog BeliBuy ini.
Dah tamat contest nie if xnk jd follower pun xpe.. xde paksaan pun he...23x (make sure if nk remove lepas keputusan di umumkan la ek

- Perlu menampal banner mengenai contest ini di blog anda
Anda boleh mengopy coding untuk banner di dalam box di atas dan paste di blog anda. Saiz Banner adalah 350 x200

Jika boleh buat la entry mengenai contest ini. Kot2 dari entry anda leh menaikkan perluang anda memenangi contest ini.
- Anda perlu mengomen di beberapa entry terpilih (entry tersenarai di bawah sekali)
if nk komen di entry yg xterpilih pun xpe... xsalah pun..cuma xkan diambil kira je la kan. komen yang anda berikan boleh menaikkan perluang anda memenangi contest ini. mereka yang meninggalkn komen berbau spam.. secara automatiknya aku merajinkan diri menyingkirkan korang
- Untuk pengetahuan anda contest yang akan dibuat adalah base on luck korang. if dah mmg luck korang. xleh nk tolong pe2 la ek...

luck korang cam mana ek??
- semua ini mainan Gmail ek
- Setiap kali anda mengomen pasti nama anda akan tersenarai dalam gmail aku
- yang dilihat adalah no disebelah nama korang (nk faham klik gambar kat atas nie)
- lagi tinggi no pada nama anda makin tgi perluang untuk anda memenangi hadiah
- pe2 pun it depand on luck
- Hadiah terhad hanya pada yang lucky
- Nama Blogger terbanyak muncul dalam Gmail aku
- Nama Blogger terbanyak memiliki No di sebelah namanya
- Komen yang menarik (the best of the best and terbanyak)

Sorang blogger layak menerima satu hadiah sahaja. If di dapati ada blogger yang sama mengunakan id yang berbeza.Secara automatik di reject
- Penyertaan akan bermula pada 13th April 2009 sehingga 18th April 2009 tepat pukul 12 malam. Lepas tue ape2 yg korang buat tidak akan diambil kira.
Entry yang perlu korang komen:
- Ops Pregnant Ke..???
-
Woi..!! Exam Dah Dekat
-
Tatkala Naga Mengaum
-
Ku Mencari, Mu mencari
-
Paaannnnjjjaaaannnnngggggggg
-
Sikit-Sikit Bibik Jugak Yg Kena
-
Adakah Anda Pengikut Hantu Ku
-
Aku di FaceBook Kan
-
Tidur Memeta Je Ko Ek
-
Gambar Bro Framestone Yang X Hensem
-
My Project Paper for International Conference
-
Korang Perasan X Seluar Dalam Korang Tue....??
Entry len pun korang tetap leh komen..Cuma komen tersebut tidak akan di ambil kira untuk memastikan kemenangan korang.

Lagi satu
tip untuk korang la kan.. elok korang bg feedback pada komen2 blogger yang len. mana tahu komen anda akan menjadi komen yang menarik ataupun ianya meningkatkan populariti anda. Siapa tahu kan..semuanya berkaitan dengan luck anda

P/s- Aku akan menilai dan memberitahu siapa pemenangnya selepas aku free nnt.. Selamat mengluckykan diri anda


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Rahsia Wanita Menurut "Tajul Muluk"

Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrolosi zaman silam, khususnya dalam masyarakat melayu kuno dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari yang baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari.

Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.


Rahsialelaki Wanita Mengikut Bulan Kelahiran

Januari

- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja

Febuari

- boleh di percayai, pandai buat kerja, sangat teliti dalam urusan kerja tetapi suka bermain cinta

Mac

- ringgan tulang, mudah membantu, tiada bakat dalam perniagaan kecuali bimbingan. mudah tergoda pada lelaki, tak pandai menyimpan wang dan suka sendirian.

April

-Tabiat lekas naik darah, pertuturan keras dan kedekut

Mei

-Suka merendah diri,penyabar, suka meminta bantuan orang lain tiada bakat dalm perniagaan, manis pertuturan dan mudah dengan lelaki.

Jun

- banyak ilmu pengetahuan, ringgan tulang, hidup dalam kemewahan, perkahwinan tidak kekal, pernikan lebih sekali.

Julai

-Banyak pancarobahidup dan godaan, banyak perolehi rezeki

Ogos

-bernikah lebih dari sekali,berbakti pada suami, rezekinya pada suami dan rajin berusaha.

September

-Murahhati, tabah dalam dugaan serta mempunyai ramai anak

Oktober

-murah rezeki, keras hati dan mudah simpati

November

-rajin, pandai berbicara, mudahmenyeleweng, tidak menafaatkanharta pusaka

Disember

- rajin berusaha, lekas naik darah, kers hati, bila marah berapi-api, anaknya ramai lelaki dan murah rezeki

kredit:- WAKABAYASHI


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Saturday, April 11, 2009

My Follower*Sila ambil Award*

salam...yuhuuu..setelah berblogging selama 2tahun 2bulan lebih sikit,cik angah berjaya mengumpul 102 rakan2 blog yang baik,ramah dan best + gempak..

sebagai balasan kerana sudi menfollwer serta berkawan dgn angah,ambiklah hadiah award yang x seberapa ni..=)

kenapa award ni hitam & putih? sebab....cik angah nak beri satu kelainan...pr& kontra menjadi salah satu sebab juga...

sudi2 kanlah ambik ye sahabat2 ku sekalian...

pssstt..hujung bulan ni cik angah kahwin Final Exam..doakan yer?

senyum selalu =)

kamik sayang kitak ^_^


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Tag from Selamsendawa

1. Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
Nama blog---> Aduhai Angah.. Menurut kamus Dewan,aduhai bererti..ape ye?hehe..u pikir lah sendiri..haha..ntahla..men taruk aje..mungkin salah 1 sebab coz nak menaikkan semangat..sbb b4 ni cik angah asyik mengeluh aje..eh ape kamik madah tuk..? ape cik angah merepek ni?=p


2.Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
Oh..http://cikangah.blogspot.com..untuk menunjukkan bahawasanya saya masih janda belum berkahwin

3. Apakah 'method' dalam penulisan blog anda?
Ape2 yg terlintas difikiran....


4. Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
Tidak Pernah..kecuali ade sebab2 tertentu,...


5. Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini? Selamsendawa??
layout dah ok..simple n nice but mcm ade yg kurang...ape ye?x mnyak gambar kot..

6. Senaraikan 5 orang yang akan anda tag:
mY new Folllower
-Hidayah
-dla
-Anna
-atikah
-ziha


psssttt..juga terbuka kepada semua follower yg berminat...=)


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Friday, April 10, 2009

Corat Coret Ini Ari

Salam....Hellooooo heee =p . cik angah nak merapu2 speaking nih..hmm..

i maybe not intelligent,
i maybe not the smartest Girl,
i maybe not brave to handle bigstuff,
but i will try to change who i am now into who i am today,
as u can see that i am not that perfect girl and let me get it straight to you,
no one is ever perfect and
no one is born to be perfect
and noone is born to be beautiful and no one is born to
be genius and to all the ppl around the globe,i'm
tellin' to those who say their born to be genius born
to be handsome/beautiful and such,they are NOTHING but an idiot!!

wrote:- Cik Angah =)


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Related Posts with Thumbnails

Klik My Nuff If Keluar (: