Nuffnang Saya

Jom follow Saya :)

Wednesday, November 27, 2013

Bekerja & Pekerja

Assalamualaikum & SalamSejahtera

 lebih setahun lamanya aku tinggalkan dunia penulisan di alam maya dek kesibukan kerja .. seminggu 7 hari aku & suami bekerja tanpa henti...dr pagi hinggalahke petang

Tiba2 hati tergerak utk menulis..meluah, menaip isi dr hati ke atas papan pemuka ini..

Hari-hari penuh dengan pengalaman yg mendewasakan serta mematangkan diri.. macam2 pengalaman aku kutip dr hari ke hari... seperti biasa ada yg manis..ada yg pahit..

Oh ya.. alhamdulilah juga aku kini bekerja atas kaki sendiri..atas tangan sendiri ..atas dunia perniagaan yg kucipta sendiri.. 100% komitmen terletak di bahuku sendiri.. aku yg handle dr A-Z.. bersama sama memikul tanggungjawab ni adalah suamiku, ..kami berganding bahu memajukan lg perniagaan yg masuk tahun ke-3..

Sebut ttg suami aku... ramai dikalangan mereka yg x mengenali suami aku akan mengatakan bahawa dia adalah seorang yg pendiam.. senyap.. diam...diam2 ubi berisi.. Ya mmg benar! abg Sham mmg sebegitu.. x kenal maka x cinta.. mmg totaly diff dgn aku yg banyak mulut..banyak cakap... gila kau nk senyap je.. kau meniaga dik non..hihi.. tp oklah kan..abg banyak membantu berniaga secara atas talian ( online ). mengadap laptop selama lebih dr 5jam sehari melayan pesanan & kerenah pelanggan.

Sebenarnya bukan ini yg ingin ku nukilankan..sebelum otak ligat berpusing .. aku terus terang di sini..
Kedai kami ,https://www.facebook.com/marissa.shoppe setakat ini Alhamdulilah mendapat sambutan yg menggalakkan dr pelanggan dr segenap daerah.. hari-hari ada pelanggan datang ke kedai.. jadi kami memang memerlukan pekerja untk handle pelanggan yg walk in ke kedai.

Tersebut lah kisah... setelah lebih dr 3 org pekerja bersilih ganti, kami mendapat seorang pekerja perempuan yang ingin bekerja sepenuh masa di kedai kami..ms interview..manis mulut...boleh buat itu,blh buat ini..itu normal kan.. segala kerja boleh buat.. pengalaman kerja pun banyak..ok..kami pun sepakat terima..

Selang sebulan bekerja warna sebenar dah muncul...tidak perlulah kunyatakan di sini..Aib org kenalah jaga..setiap insan x sempurna..Ya..mmg benar..aku & suami juga tidaklah sempurna mana... tapi.... rasanya ada lg yg inginku highlight di sini

BEKERJA & PEKERJA adalah 2 perkara yg berkait rapat

"Bekerja  adalah kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh seseorang dengan maksud memperoleh atau membantu memperoleh pendapatan atau keuntungan, paling sedikit 1 jam (tidak terputus) dalam seminggu yang lalu"

manakala pekerja pula ialah :

BuruhPekerjaTenaga Kerja atau Karyawan pada dasarnya adalah manusia yang menggunakan tenaga dan kemampuannya untuk mendapatkan balasan berupa pendapatan baik berupa uang maupun bentuk lainya kepada Pemberi Kerja atau Pengusaha atau majikan.


Kesimpulan yg dapat aku nukilkan, sekiranya kita bekerja dgn MAJIKAN walau dimana pun anda berada, hormatlah walau dalam keadaan terpaksa.. ingatlah...majikan anda yg mengGAJIKAN anda setimpal dgn kerja yg anda buat.

Kalaupun dah x selesa dgn tempat kerja tu, bolehlah CUCI KAKI dgn cara terhormat..datang ke tempat org dgn cara baik apalah salahnya pulang pun dgn cara terhormat..

Post seterusnya tentang sikap & sifat akan aku nukilkan ..in sya allah..

yg baik itu dr Allah & yg buruk itu datangnya dr kelemahan aku sendiri..

Muhasabah itu lebih baik


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Thursday, September 20, 2012


KRONOLOGI KELAHIRAN ANAK KEDUA KU


Catatan ringkas ini hanyalah untuk aku /sebagai kenangan diriku memandangkan masa 1st preggy dulu x satu pun aku rekodkan sbg “cenderamata” utk kenang2 an..haha..1st intro menaip dah buat aku terkaku kt keyboard ni.. lama x menaip ..hehe.. ok lets go bebeh...

13/9/2012- kira-kira jam 5am-5.15am

..aku dikejutkan dgn rengekan Marissa(anak sulongku) terkuit-kuit d celahan2 baju ku..mcm biasa..echa(panggilan aku & seisi keluargaku) akan bangun x kira masa utk menenen. Ya! Jgn hairan ya kawan2..mmg aku x stop kan echa dari menyusu starting aku preggy kedua ni..pernah mahu stop kan tapi x sampai hati... ok.. cont. kembali..selang 5 minit lepas echa menyusu,datang “sakit” pada bhgn bawah ari2 ku.. sakit yg mencucuk-cucuk...

5.20am:
..ms ni mak aku mmg dah “lepaking” kt rumah aku..bersiap sedia utk menunggu aku sakit bersalin seterusnya menjaga echa sewaktu aku selepas bersalin nnti...aku,dalam keadaan yg sakit berjalan ke bilik mak & inform yg aku “sakit”...mak dgn slumbernya(sambil menutup mata-tgh lena tdo) suh aku mandi&basahkan rambut.. dalam hati ni pelik gak..”eh mak aku ni mengigau ke,sedar ke x ni”...tanpa berlengah,ak balik semula ke bilikku..tp x terus mandi sebab sakit tu tetibe hilang..So aku baringlah semula...namun aku terjaga setengah jam kemudian...

6.00am:
..” abang,sayang sakit lah bang...mcm sakit nk bersalin”... aha! Time ni aku dah rasa sakit semula... ak gerak suamiku..suami ku terkebil2 & buat muka “dunno” je..terpisat-pisat aku ulang benda yg sama mengatakan yg aku sakit..masa ni aku berulang alik ke toilet sebab perut tetibe memulas..2-3 kali jugalah...huhuhu..

6.40am:
..mak, apis(adik lelaki yang duduk dgn aku) bangun... semua lepak kt ruang makan.. time ni mak aku dah siap dgn roti bakar telur yg sgt nyummy!! Aku,walau tgh sakit sempat menjamah sekeping  & minum seteguk dua air teh... time ni mula lah dok catit masa kontraksi... ya! Kontraksi time yg dtg mmg sgt x teratur..kejap sakit 10 minit sekali,kejap selang 15mint sakit balik.. aku dah start confuse..but then aku still berlegar2 dlm rumah.. mak aku time ni dah mula cuak...muka semacam je tgk ak dok mengerang2 menahan sakit kontraksi...tergigil2 wehhhh..sakit x terkata...mujur sakit yg hanya mngambil masa 15saat shj...lepas mintk ampun & cium mak aku, aku cium lak anak sulongku,echa yg tengah sedap tido..masani menitis air mata aku.hui2...

7.15am:
Aku & suamiku tergedik-gedik kuar rumah nk g hospital Sg. Buloh... masani mmg sakit...sampai mak papah ke kereta...hehe... ok..then kami sempat ke kedai dulu sebab ada barang yang aku tertinggal kt kedai ...dalam kereta je baru teringat yang aku tertinggal stokin kt rumah.. so patah balik ke rumah ambik stokin plak...sempat lg beb.. sedangkan masa nilah kontraksi 5minit berlaku.. oh ya! Utk pengetahuan kalian,tiada langsung “tanda” bersalin yg dtg,berbeza dgn /sewaktu anak 1st dulu,darah keluar menitis2 sbg isyarat/tanda kelahiran ... yg 2nd ni,aku hanya sakit,sama spt apa yg aku ceritakan d atas..

8.20am:
Alhamdulilah..perjalanan sangat lancar ke hospital..aku & suami selamat tiba di hospital..suamiku menurunkan aku betul-betul dihadapan pintu wad bersalin...time ni aku dah rasa semacam... ada something mengalir secara perlahan-lahan di bwh panties ku...tanpa buang masa,aku terus ke meja pndftrn,kuarkan buku pink & IC bg kt nurse & sambil terketar-ketar aku cakap yg aku sakit sangat + aku terus mnnjukkn yg darah telah keluar ...nurse tersebut terkocoh-kocoh ambik wheelchair &menolakku ke sebuah katil berhampiran... seorang yg ku kira doktor dtg & terus memeriksa nadiku-menyeluk bhgn bawah & surprise!!!! 6cm telah terbuka....kui3.... so aku di tolak terus ke LR (labour room)

9.05am:
Alhamdulilah..syukur x terhingga aku selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.91kg secara  normal... Umar Rizqi bin Mohd Hishafudin adalah nama bayiku..kami sepakat menamakan Umar yg membawa maksud khalifah/memakmurkan & Rizqi membawa maksud Kurniaan Allah/Rezeki... semoga kelahiran bayi kedua ku ini akan lebih memberi rezeki kepada kami sekeluarga....amin...


 Gambar di atas diambil kira-kira jam 4ptg, 13/9/2012 di Wad 6C, katil bernombor 27 :)
 Hari ke-2: 14/9/2012
Hari ke-3 bersama anak sulongku, Marissa a.k.a echa


* syukur Allah S.W.T memudahkan segala2nya..Alhamdulilah sudah sepasang... lepas ni aku nk "merancang".. cukuplah dua orang utk 2thn berturu-turut,,, nk rehat seketika :)

sampai ketemu lagi! bye2!


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Monday, February 6, 2012

Salam Maulidul Rasul 1433H

BIODATA RASULULLAH SAW

• Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

• Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah) • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

• Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

• Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

• Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

• Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

• Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
• Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
• Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
• Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
• Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
• Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Monday, January 30, 2012

M e n g i d a M


Salam semua..mula2 ingat nk menaip pasal pengalaman berkerja yg ke-3 tp tetibe hilang mood..rasanya pnglmn kt tmpt kerja tu x best langsung so xperlu lah nk kongsikan bersama..hehe.ok, nk mengomel2 pasal 1 perkara @ pengalaman daku semalam.

Seriouslyrasanya entry ni agak poyo. Mengidam. Yes. Mengidam buat kali yg pertama 1 for my 2nd baby ni.. xpernah2 rasa nk itu ini..ini yg pertama kali..huhu.. tau x apenya.sy nk sangat2 mkn seafood. Bukan seafood yg kt kedai2 makan tu tp seafood yg makanannya dipilih sendiri.. means mcm ketam yg fresh2 tu amik pastu timbang pastu kita pilih nk masak apa..haa..mcm tu lah..

Mula2 kan hampir dah ter- balik kUala Selangor tau gara2 seafood punya pasal..teringat plak 2-3 thn yg lepas makan2 besar ngan sekeluarga kt Pantai Jeram..bestnya moment tu..bila lagi agaknya dapat berkumpul sama2 mkn besar2 ye.. hohoho.. pastu kan tetibe teringat kt Tg Harapan a.k.a Tg Gila kt Port Klang,so pembatalan saat2 akhir balik kuala & terus wat kptsn tuk mkn kt Tg Hrapan aje..xdelah jauh mana..setengah jam mcm tu dr Shah Alam..

Aha..b4 terlupa..mengidam seafood ni dah lama..siap call mak 2-3 hari yg lepas ckp yg sy ni gian nk mkn mknnn laut..xtau napa..asyik2 kt kpla ni terbayang2 sotong & ketam menari2…hehe.. pastu kan, smlm kana da citer JJCM jalan2 carik mkn tu..yg Qi pakwe Yuna jd Host u.. dia plak makan2 kt Kuching,Srwk..mkn seafood plak tu..pergghh kecur air liur..huhu..tp kan yg pelik tah nape sy ni mengalir2 air mata tgk dia makan..siap tersedu-sedu lg..masatu sham x lik kerja lagi..dok ber-2 aje ngan kaklong a.k.a marissa…yg marissa plak tengok mama dia nangis2 dia leh sengih2 mcm kerang busuk. Oh menci tul!..pastu bila mama ajak borak dia hohuhuhihehuho…jawab tp tah ape butir percakapan dia tu..pastu sengih2..marissa skrg ni suka sangat senyum,gelak2 n jerit2 sorang..lagi2 masa BREAK TV3 tu..punya main suka dia tgk kartun2 tu terjoget2…diapun ikut sekali..hihi..pastu paling menggelikan hati,rumah sy ni selalu sngt aikerim Mat Kool ronda2..dalam sehari ada lah 3-4 kali motor aiskerim tu lalu-lalang..kan mak? Eh tetibe plak.. hehe.. pastu kan yg mat kool tu siap pasang lagu/muzik lbh kurg mcm ni `mat kool 2x kawanku,mari kita ikut, mat kool,main2 selalu,syoknya2 ada mat kool..yeayyyy`..yg marissa bila dengar je muzik dr motor mat kool nil eh bangun pastu buat bunyi `haaa haaa haaa` pastu dia goyang2 montot..hahahahahaha..adehh..susah nk tulis kt sini..saat jejari ni menaip ni pun daku tersenyum2 igt keletah kak long daku tu.. comel.. mcm mak nya..bwekk :x

Eh da larik topic? Tadi citer pasal mengidam kan..ngeh2..apepun..tq buat suamiku yg tercinta krn sudi luangkan masa bawak bini dia yg kiut ni pi mkn seafood.. terharu..sob3x

KETAM NI SUNGGUH MENYELERAKAN..

UDANG GALAH....SEDAPNYA...








* sumber: pakcik google


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Thursday, January 26, 2012

Part 2 – Pengalaman Bekerja di ZaFtrad Services Sdn Bhd


ASSALAMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA

O yeh~ now da masuk part 2.. part 1st itu ari pengalaman singkat bekrja kt Kafa An-Nur..singkat sangat..kira2 4 bulan je..tup2 dapat tawaran sambung blaja degree kat Unimas,Sarawak. Ms mula2 dapat offer tu kan, confuse sangat samada mau pergi ke x.. at last, offer d terima,dapat lak course yg menjadi pilihan di haty( fine art).. dalam mind set dah pk dah,course ni confirm kaw2 kena lukis sana sini.. & my tekaan 100% tepat. Hambik kaw :D.. tp xpe.. masa sem II sy leh pilih minor subject..masatu ada 4 pilihan..rasanya skrg ni pun still 4 pilihan minor kowt ( lukisan,seni video,seramik & fotografi) dan pilihan di haty course seni video… mula2 nk ambik Fotografi..yela..cam best je pegang kamera besar (SLR) tapi…… dengar dr senior2 yg minor tu punyelah banyak guna $$$..so,ambiklah daku SeniVideo.. ooo yeh~ mmg happening gila minor classes ni..apetaknya banyak or hamper 100% bermain dgn software2 editing.. dari x tau guna Photoshop,dah leh dikatakan terrel…setakat edit2 gambar tu kacang lah…hehe.. occay,sy agakriak..bweekkk..tapi u noe what? Exam bukan dapat A+ pun L so xpayah nk poser occay ..hihi

Ok berbalik pada tajuk di atas.. masuk je Tahun 2 sem II,kami or semua pelajar FSGK msti n wajib carik sendiri tempat utk Praktikal masa cuti Sem nnti.. dalam 2 bulan macam tu..so b4 submit tempat utk praktikal,sy hari2 on9 GOOGLE search tmpt praktikal yg berkaitan dgn course minor yg diambil ni.. penat gaklah call n email sana sini..banyak gak yg kena reject.. ye lah..bukan semua company2 besar ni senang2 nk accept student hingusan mcm me ni..mst ada prove yg kuat or reason yg kuat knpa kita nk p praktikal kat situ. At last…& alhamdulilah syarikat ZaFtrad Services ni sudi terima me..eh ehhh..ko sowang aje ke NAD? Xlah..ada lg 2 org sahabat baik saya iaitu Farah & Nadia(2-2 otai) pun join sekali… ni laman web company http://www.zaftrad.com.my/hubungi.html .. Yg laman utama nape tah xleh bukak..

Pengalaman paling best kan of course lah asyik kursus sana sni..dalam ms 2 bulan kerja kat company tu kan,2 tempat yg kami ber-3 join sekali kt Hotel Seri Malaysia PD & kat Kuantan(lupa dah nama hotel nya ape)… mmg bestlah..w/pun penat xtau lh nk ckp..banyak sgt kenangan manis + pahit..pahit nya bukan ape nk citer pun xyahla kowt..aib org..ok stop. Yg manis banyak~ J aha. Sy sepanjang dok praktikal kat sana bawak motor tau..ngeh2..motor merah mak&abah ler.. alhamdulilah until now motor tu still hidup lg & ada kt kuala..banyak betul motor tu berjasa…yg x brapa sedapkan..sy dok menyewa 1 umh ni kat Subang 2,dekat je ngan tmpt kerja,kira2 5-8 minit bawak motor..tapi ade plak penumpang yg xd undang..cube uols bayangkan..adelah sorg kakak yg sama tmpt praktikal sy ni kan,namanya kak N. memang lah dia yg offer menyewa sama2 tp yg x sedap tu dia tu wat muka x malu je membonceng saya. Dahlah sy ni kurus, dia tu lak berisi..patut dia lah bawak saya..tp tau x ape… dia ckp dia x tau bawak motor…………………………………. L agaknya apelah khabar dia kan skrg..hehehe..tetibe teringat plak..hehehe

Ok..ape ek nk cakap lagi…xde dah kowt… ok. Habis dah part 2… ok pasni nk masuk part 3..ttg pengalaman kerja sayayg hanya SEMINGGU dekat sebuah TASKA di Puchong… nantikan….

Yang Baik itu datangnya dari Allah swt, yg buruk itu datangnya dr kelemahan diri saya sendiri

Wassalam.

gambar sewaktu praktikal..ngeh2..besar tu camera~~~


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Part 1- Pengalaman Bekerja Saya (^_^)



Salam..lama dah nk update entry ttg pengalaman BEKERJA sy…hihi.. okeyh ,tnpa melengahkan masa,sy citer 1 by 1( ad eke yg nk baca?) hehehe..lantak situ..bebel sorang2 pun laaayyaaaannn..........

KAFA AN-NUR,DAMANSARA UTAMA

Lepas aje exam STPM kira2,7 thn yg lepas, masatu thn 2005, sy lepaking kt umh la..ari2 dok belek2 iklan kat paper Utusan,Harian Metro waima paper Harakah pun sy belek2 bhgn iklaneka,iklan carikkerja kosong..mmg rajin ar time tu.. bahagian GURU menjadi pilihan.. alih2 kan satu haritu terpandang lah 1 iklan ni yg ada 1 sekolah tgh carik guru agama..lebih kurg gini iklannya: GURU AGAMA DIPERLUKAN SEGERA DI DAMANSARA UTAMA.

1st je dlm pikiran ni kan, dah terbayang along dah..masatu Along baru kawin..dok pulak kt Damansara..kot2 lah leh tumpang umh dia kan kalau dapat kerja kat situ(fikiran masatu)Then, pas je baca iklan tu kan,sy pun dgn rajin call lah no yg tertera kt situ. Interview by phone lagi u~n nk tau ape kezutan yg sy terima? Sy dikehendaki membaca bbrapa ayat Al-Quran hanya melalui telefon,Ustazah tersebut kata masatu,dia akan call sy dlm tempoh 10 minit lg,so tnpa lengahkan masa,sy kan teruslah ambik wudhuk & pegang Al-Quran ,tangan sebelah pegang H/p. dl ms 10 minit pastuh,ustzh tu call, n bg `arahan` suruh buka m/s sekian2… sy pun dengan tenangnya bacalah………..

Alhamdulilah Tajwid & bacaan sy dipuji olh ustzh tu…sy masih ingat lagi..ada 5 soalan HukumTajwid yg di tanya,antaranya, Ikhfa` Hakiki, idzhar halqi,mad asli, mad arid lisukun & mad `iwad…ustzh tu mintk sy sebut 1-1 huruf bagi hukum tajwid tersebut… Alhamdulilah juga sy dapat jawab dgn jayanya. & ON THE SPOT sy diterima dan disuruh utk hadir mnggu hadapannya…(ISNIN) & lapor diri…

Oh Ya~ uztzh tu juga ada ckp yg Gaji yg dia akan bg x banyak.. dalam 7ratus lebih( jumlah semua bergantung pada elaun + dt tuisyen mengaji budak). Masatu 700 banyaklah..ingat senang mak & abah nk bg segedebuk(sila sebut betul2) duit banyak mcm 2..hihi..kalau pk pasal gaji mmg dah lari lah NIAT utama nk mendidik anak bangsa kan dgn ilmu agama kan..huhu..tp kan,sy kuatkan TEKAD,lapor diri mnggu depan 2 dgn Mak & Abah saya..oh ya! mak & abah sy sgt Awesome! Mereka dgn rela hati nya melepaskan anak daranya(ketika itu) utk berkerja sbg Guru kt sana..siap hantar lagi u..barang kemain banyak diangkut.. tilam,bantal,baldi baju berkoyan2..hihi..dah mcm nk larik dr rumah plak..hehehe..serius tau..ni x tipu punya..

Okeyh..kalau ikutkan banyak lg yg sy nk citer ttg pengalaman mengajar saya kt KAFA AN-NUR..tp masa xmengizinkan..ttg ustazah2 kat situ yg comel2,anak2 murid yg nakal2 & banyak lg..now,sy bergelut dgn Anak yg asyik mengendeng aje..hehe…oh ya,sebelum terlupa,sy sempat mengajar kira2 4 bulan sahaja..sebab……..sy dapat tawaran sambung belajar…ke mana?Nantikan………………………………… end- 3.08pm, 26/1

GAMBAR SEKITAR TAHUN 2003...NGEH2..YG MANA 1SY?


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Wednesday, January 25, 2012

S u R p R i s E !!!


Salam

ahaha..dah bersawang kembali dh belog shaye nih..now insyaAllah ada je masa sy pasti akan hupdate mana2 yg buley update..hihi..ada bbrapa pmbaharuan yg dh shaye tuka cthnya pic header di atas... pic sape?pic anak shaye lah..Nur Zahra Marissa namanya. o yeh~ now pu3 cinta haty shaye tu dah menjangkau 11 bulan.. dah berlari2 anak lagi tuh..alhamdulillah...

ape yg suprise shangat yg nk di war2 kan ni? hihi.. o yeh~ sy sgt teruja yg amat2 teruja..nak tau kenapa?
okies.sila tgk pic di bawah:













































(UJIAN INI DI BUAT PADA 24/1/2012..O YEAH..SHAYE AGAK PENING MEMIKIRKAN BILA LAST TARIKH SY DTG BULAN...HUHUHU..)






Occay, 2lah surprise nya...hehe...Alhamdulillah shaye preggy again~ 4 my 2nd baby..
doakan shaye ye kawan2..baru lagi janin dalam tummy shaye ni..


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Friday, September 30, 2011

Memory Iftar Uitm Hotel,Shah Alam


Assalamualaikum~


hai..uols2..

firstly,entry ttg pu3 chenta hati shaye tu dihentikan buat seketika..bila asik2 post pasal pu3 aje..tuka angin lah plak...

sebenarnya kan..bila dah lebih 3 bulan blog ni berhabuk,ada byk benda yg shaye nk kongsikan dgn anda2 semua..hohoho..x kisahlah ade reader or tade kan..yg penting shaye enjoy!!~

ta penting itu traffic or what so ever. it doesnt important . eceh! speaking london la pulak. ;D

ok.aha. ade sape2 yg tatau what is IFTAR? kalau xtau..sila tanya uncle google..hehe..

okey2..memain aje lah :)

ok,ni maksud IFTAR ya : Iftar (Arabic: إفطار‎), refers to the evening meal when Muslims break their fast during the Islamic month of Ramadan

Alhamdulillah, pada minggu ke-2 umat islam berpuasa, kami sekeluarga sempat meluangkan masa bersama,ber-iftar di Uitm Hotel,Shah Alam.. berkat $$$ bisnes jugalah shaye sponsor seluruh ahli keluarga shaye ..mudah2han berkat..amin..

aha..ni entry ttg berbuka puasa kami sekeluarga tu..entry ni adik shaye yg comel lote 2 buat..hoho http://misskamalia.blogspot.com/2011/08/berbuka-puasa-ala-ala-melantak.html

mudah2han jika dipanjangkan umur,kami sekeluarga dapat berkumpul beramai-ramai lagi pd thn depan....Amin..
n mudah2han juga,family hubby di Pahang pun blh join sekali..pasti gempak :D

kami anak beranak :)

seisi keluarga :)

Tiada dalam gambar:
Abah & 3 ninja ( hadi,aiman & eyol )

ok lalink...

nunyte =)

end : 22.13pm/ 30.9.2011


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Thursday, September 29, 2011

M a r i S S a Pu3 hati K a m i [ Part 3 ]

Assalamualaikum..



yeah~ syukur alhamdulilah..pada usia pu3 shaye menginjak ke 7 bulan(lbh kurg 1mnggu lg), pu3 shaye dah pandai merangkak :)

awesome! berikut sekeping gambar pu3 shaye mencuba untuk merangkak.

aha..1 more thing, pu3 shaye ni lahir2 badan pu3 mmg keras.. i mean sedap d pegang.kepala pun tegak aje... alhamdulilah..2 mgkn sebab vitamin2 yg shaye mkn masa mengandungkan pu3 lah ni... [ asid folic + obimin ]

kaki pu3 shaye ni pun leh tahan lasak..asyik menendang aje...ekceli sejak dr dlm perut pun dia sk menendang..heee~ lagi2 klu pu3 shaye ni suka..kan main kakinya berdansa2.. :D

hopefully becar nnti xdelah nk jd pemain bola sepak ke ape kan..hoho.. eh apakah ini?

ok. full stop.

ok,guys. nnti sambung balik keyh.

selamat malam. [ end- 23.43pm 29/9/2011 ]



p/s: to all,tolong doakan anak kesayangan Along & Kakak Ipar saya cepat sembuh dr sakitnya..now dah 5 hari berada di DEMC Shah Alam. Mudah2han cpt sihat & dipermudahkan segalanya...Amin..


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Wednesday, September 28, 2011

M a r i S S a Pu3 hati K a m i [ Part 2 ]

hi uols..

Assalamualaikum.. =)

hope kalian semua berada dalam keadaan yg baik2 saja~hee~

entry kali ni ada bau2 promote sikit..hee~

promote apa?
ngee~ malu la nk ckp :D

okey. ekceli,shaye n hubby starting on biznes bln 4 yg lepas..

ingat lg tarikh tu..25.04.2011

bisnes ape? ngee~ op kosh ade kaitan ngan diri shaye n pu3 chenta hati shaye tu kann

masa mula2 open bisnes through FB kan,mcm2 andaian kt kpla otak shaye ni..

mampu ke? boleh ke? ade ke yg na beli? huhu..

persaingan ta payah ckplah...byk sehh... :D

n op kosh la persaingan yg sihat itu baik bukan??

okeyh...

masa mula2 bisnes kan ciput je brg yg shaye jual..hehe..

n now,alhamdulillah da blh bkk 1 kedai kowt :D

aha. shaye jual on9 saja..dr rumah jek wat masa ni..

hehe.. :)

to those people out there yang mau usha2 baju2 baby yg kiut lg miut,bolehla usha FB shaye..

FB shaye blh di akses melalui this email : marissa.shoppe@gmail.com

or : www.facebook.com/marissa.shoppe

kt bawah ni shaye review baby hat yg shaye jual..di ulang sekali lg..BABY HAT okeyh..not that model okies..hehe :)

chomel x model bawah ni?

klu comel angkat tangan..heee~

okeyh.. sampai di sini shj for part 2..

ketemu lg k!

InsyaAllah :)


Komenlah setiap kali anda membaca =)

Related Posts with Thumbnails

Klik My Nuff If Keluar (: