Nuffnang Saya

Jom follow Saya :)

Friday, July 31, 2009

Oh..KekuasaanNya

SubahanaAllah...saat saya membaca akhbar pagi tadi(30July2009) saya terpaku kepada salah satu berita luar Negara mengenai kelahiran bayi berkepala 2 dan berbadan 1 di Manila,Fillipina. Kita baru d kejutkan dengan berita tentang Kematian bayi yg juga berkepala 2 di Indonesia baru-baru ini.. berikut merupakan berita yg saya petik di Kosmo!<- klik sini

Lagi bayi dua kepala dilahirkan


SEORANG jururawat memeriksa bayi perempuan berkepala dua di Hospital Memorial Jose Fabella, Manila semalam.


MANILA - Selepas bayi dua kepala meninggal dunia di Pekanbaru, Indonesia kini muncul bayi yang sama tetapi dilahirkan di Filipina kelmarin.

Secara kebetulan, bayi dua kepala di Filipina itu lahir pada hari kematian bayi berkepala dua lelaki di Indonesia.

Namun, doktor-doktor di Hospital Memorial Jose Fabella di sini berusaha menyelamatkan bayi tersebut yang kini berada di unit rawatan rapi.

Bayi perempuan itu merupakan anak kepada pemandu beca roda tiga, Salvador Arganda dan isterinya, Chateria.

Seorang jurucakap hospital itu berkata, bayi tersebut kini berada dalam keadaan stabil.

Bagaimanapun, bayi itu mungkin meninggal dunia jika ujian mendapati tubuhnya mempunyai satu jantung.

"Jika bayi itu mempunyai satu jantung, mereka tidak akan hidup lama," kata jurucakap tersebut.


GAMBAR menunjukkan bayi lelaki berkepala dua yang meninggal dunia di sebuah hospital di Pekanbaru, Indonesia kelmarin.


Seorang doktor di hospital itu menyatakan ia merupakan kes yang pertama dicatatkan di hospital tersebut.

Namun, kes yang serupa pernah dilaporkan di beberapa buah hospital lain sebelum ini di Manila.

Sebelum ini seorang doktor di sebuah hospital di Pekanbaru, Indonesia mengesahkan bayi lelaki berkepala dua yang menjadi tumpuan umum meninggal dunia akibat kegagalan organ berfungsi.

Dr. Tubagus Odhi berkata, kanak-kanak lelaki yang lahir pada Khamis lalu itu meninggal dunia pada Selasa lalu.

Katanya, pihak hospital melakukan pelbagai usaha bagi menghalang kematiannya setelah kesihatan mereka merosot. - Agensi




p/s:- Kekuasaan Allah S.W.T yg tidak terhad ke atas setiap Hamba2 Nya...


Komenlah setiap kali anda membaca =)

1 pengkritik bebas:

atok said...

besarnya ciptaan Allah
huhu

Related Posts with Thumbnails

Klik My Nuff If Keluar (: